PAHALA MENURUT KRISTIAN DAN ISLAM

Sunday, September 28, 2008

Buat baik dibalas baik, buat jahat jangan sekali!

Perkataan berkat dalam konteks Alkitab adalah berbeza dan "berkat" adalah ayat yang merujuk kepada sesuatu yang dialami oleh kita semasa di bumi. Sementara "pahala" lebih merujuk kepada hasil daripada perbuatan baik kita di bumi yang akan dibalas di surga. Terdapat dua konteks perbuatan baik iaitu perbuatan baik yang dibalas langsung oleh manusia dan perbuatan baik yang dibalas langsung oleh Tuhan.

Konsep seorang Kristian ialah lakukan sesuatu tanpa mengharapkan berkat, bermaksud dengan jujur melakukan sesuatu dan cenderung berkat ini akan hilang/tidak selalunya kekal apabila mereka melakukan dosa atau diperuntukkan waktunya. Konsep berkat dalam Islam pula lebih merujuk kepada semakin banyak anda melakukan sesuatu ibadah dan kebaikan, semakin bertambahlah berkat yang anda terima tanpa melakukan dosa, tetapi jika anda melakukan dosa, berkat tersebut masih lagi berterusan. Contohnya, jika anda berpuasa dalam bulan Ramadhan dan jika anda makan awal tetap akan ada pahala cuma ianya kurang sahaja berbanding mereka yang berpuasa penuh masa. Selalunya anda akan mendengar mereka mengatakan, melakukan kebaikan pada bulan puasa banyak barokahnya/pahalanya.

Logikalnya, seorang yang melakukan pembunuhan hari ini, keesokannya bertobat akan diterima(mungkin pahalanya akan meningkat kerana membunuh golongan kafir/tidak beriman). Seorang pengikut sederhana akan mengatakan lebih baik menurut hukum ini kerana senang diampunkan dan senang juga melakukan dosa namun pahala tidak dikurangkan sebaliknya boleh ditambah. Praktis ini sememangnya baik bagi mereka yang merokok, meminum alkohol, dadah dan sebagainya kerana jika melakukan perkara tersebut pahalanya akan bertambah seperti juga giatnya melakukan hal tersebut.

Walaubagaimanapun, konteks ini bercanggah dengan Alkitab yang mengatakan, "Juga ini adalah amsal-amsal dari orang bijak. Memandang bulu dalam pengadilan
tidaklah baik." (Amsal 24:23). Sebab Tuhan tidak memandang bulu. (Roma 2:11). Sebab TUHAN, Allahmulah Allah segala allah dan Tuhan segala tuhan, Tuhan yang besar, kuat dan dahsyat, yang tidak memandang bulu ataupun menerima suap; (Ulangan 10:17). Oleh itu, "Janganlah memutarbalikkan keadilan, janganlah memandang bulu dan janganlah menerima suap, sebab suap membuat buta mata orang-orang bijaksana dan memutarbalikkan perkataan orang-orang yang benar." (Ulangan 16:19).

Oleh itu konsep berpuasa dalam Alkitab ialah seperti menggunakan seluruh kekuatan, sebab semakin relanya anda merendahkan diri dengan menderita, semakin tinggi maknanya bagi Tuhan. "Lalu Daud memohon kepada Allah oleh karena anak itu, ia berpuasa dengan tekun dan apabila ia masuk ke dalam, semalam-malaman itu ia berbaring di tanah." (II Samuel 12:16)... Doa orang yang benar, bila dengan yakin didoakan, sangat besar kuasanya. (Yakobus 5:16). Nah! Tidak perlu mengharap, gerenti ada pemberian jangan susah kawan.

Logiknya, hari ini bunuh manusia, esoknya minta tidak pasti mendapat keampunan melainkan jika tidak melakukan dosa lagi(hukuman mati dibalas mati menurut Taurat).Sebaliknya Rasul Paulus yang mungkin diajarkan oleh guru/profesor Taurat selayaknya lebih memahami sehingga dapat mengatakan, "Karena itu bagi mereka adalah lebih baik, jika mereka tidak pernah mengenal Jalan Kebenaran dari pada mengenalnya, tetapi kemudian berbalik dari perintah kudus yang disampaikan kepada mereka." (II Petrus 2:21). Hal ini boleh membawa maksud seorang yang sudah percaya Tuhan tetapi melakukannya juga menurut nafsu maka lebih besar dosanya. Konteksnya jelas terlihat dalam ayat kutipan berikut:
Dan orang akan berkata: "Sesungguhnya ada pahala bagi orang benar, sesungguhnya ada Allah yang memberi keadilan di bumi." [Psa 58:11 (58-12)]. Orang fasik membuat laba yang sia-sia, tetapi siapa menabur kebenaran, mendapat pahala yang tetap. [Pro 11:18] Ada suatu kesia-siaan yang terjadi di atas bumi: ada orang-orang benar, yang menerima ganjaran yang layak untuk
perbuatan orang fasik, dan ada orang-orang fasik yang menerima pahala yang layak untuk perbuatan orang benar. Aku berkata: "Inipun sia-sia!" [Ecc 8:14, Gen 27:12, Gen 27:38]
Hanya orang jujur/ikhlas akan mendapatnya?

Menurut Alkitab, seseorang yang mengharapkan balasan ialah fasik. Nabi Daud/kitab Zabur contohnya mengatakan, " Orang benar itu akan bersukacita, sebab ia memandang pembalasan, ia akan membasuh kakinya dalam darah orang fasik. (Psa 58:10 (58-11) Dan orang akan berkata: "Sesungguhnya ada pahala bagi orang benar, sesungguhnya ada Allah yang memberi keadilan di bumi." Psa 58:11 (58-12).

Tuhan mengatakan hal ini dalam konteks kesia-siaan, "Ada suatu kesia-siaan yang terjadi di atas bumi: ada orang-orang benar, yang menerima ganjaran yang layak untuk perbuatan orang fasik, dan ada orang-orang fasik yang menerima pahala yang layak untuk perbuatan orang benar. Aku berkata: "Inipun sia-sia!" (Ecc 8:14). Saudara-saudaraku yang kekasih, janganlah kamu sendiri menuntut pembalasan, tetapi berilah tempat kepada murka Allah, sebab ada tertulis: Pembalasan itu adalah hak-Ku. Akulah yang akan menuntut pembalasan, firman Tuhan. (Roma 12:19). Sebab kita mengenal Dia yang berkata: "Pembalasan adalah hak-Ku. Akulah yang akan menuntut pembalasan." Dan lagi: "Tuhan akan menghakimi umat-Nya."(Ibrani 10:30) menurut perbuatan ikhlas kita.

Oleh itu apakah jenis pahala?
a) Pahala tetap
Orang fasik membuat laba yang sia-sia, tetapi siapa menabur(menyemai) kebenaran, mendapat pahala yang tetap. (Amsal 11:18) iaitu memberitakan firman/melakukan kebaikan dalam nama Tuhan akan ke Surga kekal.
b) Pahala tidak tetap/boleh berubah
Aku akan memberikan kepadanya tanah Mesir sebagai pahala atas pekerjaan yang dilakukannya, sebab mereka sudah bekerja bagi-Ku, demikianlah firman Tuhan ALLAH*. (Yehezkiel 29:20).

Berkat yang dinyatakan dalam Alkitab?

Contoh konteks penggunaan/aplikasi ayat "berkat" dalam Alkitab ialah Kejadian 1:22, Kejadian 26:12. Imamat 25:21 mengatakan, "Maka Aku akan memerintahkan berkat-Ku kepadamu dalam tahun yang keenam, supaya diberinya hasil untuk tiga tahun."
Bantuan Yang Tidak Perlu?
Oleh itu, kita tidak digalakkan terus menerus melakukan sesuatu hanya kerana mengharapkan berkat kerana, "Berkat TUHANlah yang menjadikan kaya, susah payah tidak akan menambahinya."
(Amsal 10:22). Rasul Paulus sekali lagi mengatakan, "Dan sesungguhnya agunglah rahasia ibadah kita: "Dia, yang telah menyatakan diri-Nya dalam rupa manusia, dibenarkan dalam Roh; yang menampakkan diri-Nya kepada malaikat-malaikat, diberitakan di antara bangsa-bangsa yang tidak mengenal Tuhan; yang dipercayai di dalam dunia, diangkat dalam kemuliaan." (I Timotius 3:16).
Hal ini bermakna melakukan sesuatu kebaikan/kebajikan bukanlah hanya untuk mengharapkan balasan. Alkitab mengatakan, "Biarlah orang lain memuji engkau dan bukan mulutmu, orang yang tidak kaukenal dan bukan bibirmu sendiri." (Pro 27:2). Bukan kamu yang memilih Aku, tetapi Akulah yang memilih kamu. Dan Aku telah menetapkan kamu, supaya kamu pergi dan menghasilkan buah dan buahmu itu tetap, supaya apa yang kamu minta kepada Bapa dalam nama-Ku, diberikan-Nya kepadamu. (Yohanes 15:16)... Perbuatan orang benar bila dengan yakin/ jujur dilakukan tentu ada balasannya, "buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat". Plato tokoh ahli falsafah
terunggul berkata: "Sebelum setiap cendikiawan memulai sesuatu dalam hidupnya, ia akan mencari pertolongan Tuhan".

Nota- *maaf kerana penulis seharusnya membezakan perkataan allah dengan perkataan Tuhan. Penulis seperti tidak berapa menyertakan/menyamakan perkataan tersebut dengan Tuhan walaupun huruf vokal A adalah huruf besar(Allah vs allah). Untuk menyamakan panggilan tersebut adalah seperti menyekutukan panggilan Tuhan(YHWH) yang terlalu kudus dan tidak dapat dibayangkan dengan panggilan allah(Al-Mana, Al-Uzza dan sebagainya) yang suatu ketika dahulu menurutnya telahpun digunakan sebelum turunnya Quran. Logiknya, jika anda menghapuskan patung dewa-dewa disana adakah roh patung tersebut akan lari ke tempat lain?. Tidak semestinya!, itu hanya angan-angan anda untuk mengharapkannya pergi dari situ, maka jika Alkitab pernah mengatakan, "Kepada siapakah kamu hendak menyamakan Aku, hendak membandingkan dan mengumpamakan Aku, sehingga kami sama? (Yesaya 46:5, ) lebih-lebih lagi untuk meniru walaupun sepatah katapun (Keluaran 23:24, I Raja-raja 14:9). Bekas Islam iaitu, penulis Islam Review M. Ali(Fish House P) tidak dapat menerima penyamaan perkataan allah/ALLAH dengan Tuhan(YHWH) kerana dianggap terlalu suci dan tidak dapat dinodai walau dari segi panggilan/bahasa pun. Pemberatannya ialah, lebih sukar untuk mengharapkan ia tidak berlaku daripada ianya tetap berlaku, oleh itu lebih selamat untuk tidak menyamakan panggilan tersebut. Contohnya, Tuhan ALLAH sepatutnya TUHAN Raja iaitu lebih sinonim dengan Lord GOD [KJV,TEV, CEV].

0 Komen: