Andai ada lilin di tangan masakan disimpan di dalam peti, andai ada segenggam garam masakan dibuang ke dalam laut. Silakan memberi pendapat atau bertanyakan kemuskilan saudara dan saudari. Sebuah kebenaran akan terserlah hanya dengan adanya kritikan, apapun perbincangan mahupun persoalan atau kritikan pembaca, cuba elakkan pembawaan perasaan dalam membincangkan soal agama agar idea yang lebih objektif dapat dicapai. Emmanuel!
Penulis dilahirkan sebagai suku Bidayuh[nothing to be proud], iaitu suku keempat terbesar di Sarawak. Penulis berpendapat masyarakat Bidayuh tidak mendapat sumber maklumat agama yang mencukupi sehingga ramai yang berpindah agama tanpa membuat penyelidikan yang lebih teliti. Pendeknya ramai yang menari ikut Rentak Ruai tetapi tidak pandai menari dalam soal agama. Penulis berharap agar pembaca dapat memberi pandangan membina dalam soal agama disini. Selanjutnya, penulis berpendapat apapun kekangan dan cabaran dunia agama memerlukan perbincangan bersama. Dan kami mengucapkan Selamat bersama penulis!
Seperti juga saya dan anda seperti juga bangsa lain, dahulunya suku YANG menurut kajian dengan UNIKnya, bangsa degil, tidak suka pindah sebagai petani, suka terima apa sahaja,tanpa mempersoalkannya.
Kesimpulannya, degil tetapi UNIKnya suka menerima apa sahaja terutama dari segi Agama dan Budaya yang datang terutama jika pelopornya seorang professor dan ertikata lainnya “berpengaruh”. Orang kampung kan! Tidak tahu jika tidak di kasi tau..mendegil sahaja banyak. Logiknya,inilah peluang anda bawa agama anda ke sana di beberapa kawasan masih ada lagi pagan mistik, pasti! Anda diterima dan kerana mereka tidak suka mengkaji. Maka, mempercayainya sahaja sudah cukup. Ampun beribu ampun agama bukannya jenis itu bro! Saya bukanlah menghakim kerana menurut kajian dan saya juga prihatin disamping mengasihi anda.
Dengar dahulu kata saya jangan turut hatimu, turutilah kebenaran, jangan menari sesuai lagu Acidrain, Michael Bujoi, Snippers, Heatwave, Fiona dan sebagainya kerana mereka tidak pandai menari dalam soal agama! TIDAK LAMA akan hilang juga populariti mereka.Tolehlah ke kiri dan ke kanan berapa ramaikah yang sudah BANGUN DARI MIMPI NGERI sebuah Bidayuh dalam soal agama dan politik. Ini mungkin ruangan untuk BIDAYUH tetapi anda juga akan tahu bukannya MUDAH memahami sebuah agama tanpa keinginan dan minda terbuka tetapi jangan MENDEGIL SILAP langkah nasab NERAKA lebih makruh dari I.S.A. Disinilah ruangan saya akan bawa anda menyelidik, mendiskusi dan berkisah dalam soal agama. Teruskan membaca walau cuma untuk seketika!