Kepentingan evolusi dari segi arkeologi dan sejarah

Thursday, October 9, 2008

Umumnya, arkeologi dan sejarah hanya dapat menunjukkan persamaan dan perbezaan pada tingkat tertentu dan skala masa tertentu tetapi menyokong konsep evolusi lebih banyak secara makro dan secara mikro yang masih dapat disangkal berdasarkan alasan dan bukti yang belum di sahkan dan yang tidak dapat dijelaskan dari segi ketepatannya pada suatu tahap/tingkat[usia] atau peringkat. Sehubungan dengan itu, banyak pendapat yang mengatakan bahawa evolusi mempunyai jalan penerangan dan persetujuan yang tersendiri. Contoh keadaan ini akan dijelaskan dengan lebih lajut berdasarkan contoh dipilih iaitu gabungan paleontologi, fosil dan sejarah seperti yang akan dibincangkan di bawah ini.

Secara umumnya, peninggalan arkeologi dan sejarah mampu menunjukkan persamaan dan perbezaan peringkat sesuatu organisma yang mengalami evolusi atau perubahan mengikut persekitaran. Peninggalan arkeologi juga menunjukkan bahawa, sesuatu organisma berevolusi kerana faktor persekitaran dan masa. Sesuatu organisma akan beradaptasi dengan persekitaran untuk terus hidup dan mengekalkan spesies organisma tersebut. Walaupun begitu, adaptasi sesuatu organisma terhadap persekitaran mampu mewujudkan satu spesies yang baru dengan perkongsian nenek moyang pada zaman dahulu kala. Persamaan dan perbezaan dapat dilihat secara makro dan belum dapat lagi dibuktikan secara mikro. Hal ini kerana, belum ada lagi bukti yang sahih bagi membuktikan evolusi berlaku secara mikro dalam konteks arkeologi. Hal ini dapat dibuktikan melalui penemuan fosil, gabungan paleontology dan factor sejarah. Paleontologi ialah kajian mengenai kehidupan haiwan dan tumbuhan pada zaman prasejarah melalui analisis peninggalan fosil pada masa kini. Kajian ini mampu memberikan para penyelidik tentang gambaran mengenai perubahan sesuatu organisma dan juga sejarah kepupusan sesuatu organisma. Paleotologis juga berperanan dalam membongkar rahsia mengenai perkembangan dan strata batuan bumi. Melalui penemuan taburan fosil yang terdapt dalam strata sesuatu batuan, maka ahli paleotologis telah mamapu melakar peta geologi yang tepat yang banyak berperanan dalam pencarian minyak bawah tanah(petroleum), air bawah tanah dan juga mineral semulajadi bumi.

Kebanyakan orang tidak mengetahui erti sebenar fosil sehingga awal abad ke-19, iaitu apabila wujudnya prinsip asas dalam geologi. Bukti fosil yang telah menarik sekitar 1500, sarjana untuk terlibat dalam kontroversi asal-usul fosil adalah menyokong evolusi benda hidup. Pandangan moden melihat bahawa fosil hanya sebagai tumbuhan dan haiwan pra-sejarah. Selanjutnya, ramai juga yang berpendapat bahawa hal ini adalah sesuatu yang ganjil atau sama ada ciptaan Iblis. Semasa abad ke-18 pula, ramai sarjana mempercayai bahawa penemuan fosil juga menunjukkan bahawa Wahyu sebenarnya diturunkan kepada Nabi Musa kerana benarnya penemuan Bahtera Nuh[Noah Ark] di pergunungan Ararat seperti contoh yang terdapat dalam Taurat Musa[Moses]. Setiap strata batuan geologi akan memberikan maklumat mengenai fosil yang dijumpai. Terdapat juga Fosil yang dinamakan fosil indeks, yang membawa pengertian bahawa fosil tersebut terhasil dalam kluasan geografi yang tinggi tetapi dalam masa yang singkat. Ini menunjukkan bahawa, spesies ini wujud dalam taburan yang besar tetapi dalam masa yang singkat. Contoh fosil indeks yang terbaik ialah hidupan marin. Hidupan marin mempunyai taburan yang tinggi dan membiak dengan cepat di setiap pelusuk bumi. Penemuan awal mengenai fosil hidupan ialah dengan penemuan fosil bakteria mikroskopik sejak 3.6 bilion dahulu.

Kebanyakan fosil pracambrian bersaiz kecil seperti bakteria, manakala pada zaman selepas pracambrian, kebanyakan fosil bersaiz besar dan mempunyai struktur badan yang lembut tanpa cengkerang ataupun mempunyai struktur badan yang agak keras yang dapat meninggalkan fosil yang lebih jelas dan ketara mengenai sesuatu fosil itu. Kewujudan fosil awal haiwan yang mempunyai struktur yang keras dijumpai kira-kira 600 million tahun yang lalu. Perkembangan fizikal manusia banyak diperkatakan adalah dipengaruhi oleh spesies kera yang wujud di permukaan bumi ini. Walaubagaimanapun, ia disangkal oleh kebanyakan ahli sarjana yang membuat kajian mengenai perkembangan manusia sejak berabad-abad yang lalu. Pelbagai teori telah dibuat berpandukan penemuan fosil-fosil awal yang mirip manusia tetapi genetiknya ialah spesies kera. Pelbagai debat dan pendapat telah dikeluarkan, sebagai contohnya, penemuan manusia yang dinamakan piltdown adalah amat meragukan kerana fosil yang dijumpai adalah fosil babi(gigi dan taring).

Selain itu, terdapat pelbagai kajian yang dilakukan keatas penemuan fosil-fosil yang pada dasarnya dikatakan merupakan manusia awal yang wujud di permukaan bumi ini. Sebagai contohnya, Louis dan Mary leaky menjumpai Zinjathropus (yang sebelumnya disebut dengan Australopithecus), eksplisitnya mengakui bahawa penemuannya kemungkinan adalah kera. Peninggalan Ramapithecus hanya terdiri dari sebuah retakan gigi dan rahang, di mana gigi tersebut sangat menyerupai gigi baboon gelada (baboon berambut panjang) yang hidup sekarang ini. Penelitian terakhir mendapati fosil manusia yang dijumpai itu menderita sejenis penyakit arthritis, yang menyebabkan manusia tersebut membongkok dan mengalami masalh tulang dan kemungkinan menderita akibat penyakit rikets. Pada masa sekarang, kebanyakan fosil manusia dijumpai jauh di dalam strata batuan geologi yang seharusnya berusia berjuta-juta tahun seperti yang telah dikemukakan dalam Teori Evolusi.

Banyak dari fosil menunjukkan melalui bahagian lembut dan berdagingnya bahawa mereka dikuburkan sebelum membusuk. Hal ini, bersamaan dengan munculnya fosil polistrata (fosil yang menembus dua atau lebih strata batuan sedimen) pada formasi Karboniferous, Mesozoic dan Cenozoic, merupakan bukti pasti bahawa materi ini telah terurai dalam waktu yang cukup cepat, bukan dalam ratusan juta tahun. Banyak fosil dari manusia moden (manusia yang berbentuk seperti yang ada sekarang) telah dijumpai jauh di kedalaman formasi batuan yang seharusnya berusia jutaan tahun lebih tua dari yang diandaikan oleh teori evolusi. Bukti-bukti ini dianggap tidak ada oleh para penganut aliran evolusi. Urutan vertika fosil seringkali tidak sesuai dengan susunan yang diandaikan oleh teori evolusi. Walaubagaimanapun, hal ini disangkal oleh ramai ahli termasuk pakar Evolusi sendiri mengakui dimana mereka mendapati bahawa urutan vertika fosil seringkali tidak sesuai dengan susunan Teori evolusi, serta teknik pengukuran usia yang digunakan.

Bukti yang terhasil daripada gabungan subjek tersebut sebagai evolusi[dari segi teori dan bukti] membenarkan kita mempelajari asal-usul evolusi, perkembangannya, dan juga menyelesaikan tuntutan pengetahuan yang semakin meluas kepada hasil yang lebih menjurus sambil melihat evolusi tetap penting untuk dipelajari oleh peradaban manusia sehingga ke hari ini sama ada yang sahih, tidak sahih mahupun yang dapat di katakan baik dan buruknya menurut penjelasannya tersendiri dan dengan itu evolusi tetap memberi manfaat kepada manusia dalam konteks penerangan diatas. Walau apa pun pendapat atau pandangan pelbagai pihak mengenai fosil, secara kesimpulannya, fosil amat penting sebagai peninggalan sejarah mengenai perubahan atau evolusi yang dilalui oleh sesuatu organisma dan penting untuk dijadikan bukti kukuh sejarah peradaban makhluk hidup, perkembangannya dan seterusnya menjadi bukti ilmiah sehingga ke hari ini.

0 Komen: