Teori Evolusi menurut fahaman Kristian

Wednesday, October 8, 2008

Artikel ini adalah diterjemahkan terus daripada judul aslinya dalam bahasa Inggris. [http://www.kristenonline.com/evolution.htm]

Pengenalan

Rasul Paulus telah memperkirakan akan adanya penyangkalan terhadap peristiwa air bah yang menimpa seluruh bumi dalam 2 Petrus 3:3 yang berbunyi demikian, yang terutama harus kamu ketahui ialah, bahawa pada hari-hari akhir zaman akan tampil pengejek-pengejek dengan ejekan-ejekannya, iaitu orang-orang yang hidup menuruti hawa nafsunya. Kata mereka : "Di manakah janji tentang kedatanganNya itu ? Sebab sejak bapa-bapa leluhur kita meninggal, segala sesuatu tetap seperti semula, pada waktu dunia diciptakan." Mereka sengaja tidak mau tahu, bahawa oleh firman Tuhan langit telah ada sejak dahulu, dan juga bumi yang berasal dari air dan oleh air, dan bahawa oleh air itu, bumi yang dahulu telah binasa, dimusnahkan oleh air bah. Tetapi oleh firman itu juga langit dan bumi yang sekarang terpelihara dari api dan disimpan untuk hari penghakiman dan kebinasaan orang-orang fasik[2 Petrus 3:3-7].

Pembahasan ilmiah dari peristiwa penciptaan dan air bah sebagai penyebab dari adanya fosil.

Evolusi tidak pernah sahih dijumpai !

Munculnya kehidupan secara spontan (munculnya kehidupan dari materi yang tidak hidup) tidak pernah dijumpai.Hukum genetik Mendel dapat menjelaskan bahawa hampir semua variasi fizik yang pernah ditjumpai dalam suatu kategori kehidupan tertentu, misalnya dalam keluarga anjing. Suatu konsekuensi logik dari hukum ini dan penyempurnaannya yang dilakukan secara moden menunjukkan bahawa ada batasan tertentu untuk variasi fizik tersebut.

Sifat-sifat yang diperoleh dari luar tidak dapat diturunkan pada generasi penerusnya.Seleksi alamiah tidak dapat menghasilkan gen baru; melainkan hanya memilih dari sifat-sifat yang telah ada sebelumnya.Mutasi adalah satu-satunya mekanisme yang mungkin dapat menghasilkan materi genetik baru untuk proses evolusi.Hampir semua akibat mutasi yang di hasilkan bersifat tidak normal (merusak), pada banyak terjadinya kes yang mengejutkan (membingungkan).Tidak ada mutasi yang pernah menghasilkan bentuk kehidupan yang memiliki tingkat kerumitan dan kesempurnaan yang lebih besar dari bentuk asalnya.

Setelah lebih dari tujuh puluh tahun setelah percubaan "lalat buah", yang setara dengan 2700 generasi manusia, tetap tidak ada dasar kuat untuk mempercayai bahawa suatu proses alamiah atau buatan dapat menyebabkan peningkatan pada kerumitan dan kesempurnaan. Tidak ada perkembangan genetik yang jelas yang ditemui meskipun telah banyak usaha bukan alamiah yang dilakukan untuk mempertingkatkan tahap mutasi.Tidak ada alasan untuk mempercayai bahawa mutasi akan pernah menghasilkan suatu organ tubuh yang baru seperti mata, telinga atau otak.Tidak pernah ada bentuk kehidupan luar angkasa yang jelas yang dapat ditemukan dan dipelajari.

Andaikan bahasa itu berkembang, maka bentuk bahasa yang paling mula-mula harusnya adalah yang paling sederhana. Sebaliknya, apabila seseorang mempelajari bahasa-bahasa kuno, seperti Latin (200 tahun Sebelum Masehi), Yunani (800 tahun Sebelum Masehi), dan Sansekerta Verda / Hindu India kuno (1500 tahun Sebelum Masehi), maka semakin kuno bahasa itu, ditemui bahawa tingkat kerumitannya semakin tinggi dalam hal tata bahasa, penyesuaian bentuk bahasa dan kata depan yang menyangkut perbezaan jenis kelamin, perubahan emosi, bunyi yang dihasilkan, perbezaan waktu, dan kata kerja. Bukti yang ada semestinya menunjukkan bahawa bahasa menjadi semakin sederhana.

Banyaknya persamaan yang terdapat pada beberapa spesies yang berbeza tidaklah harus dimaksudkan sebagai adanya hubungan genetik, melainkan dapat dimaksudkan bahawa mereka dirancang oleh Perancang yang sama. Keberadaan organ tubuh manusia yang fungsinya tidak diketahui bukan bermaksud bahawa mereka adalah organ sisa atau peninggalan evolusi dari nenek moyang kita. Kenyataannya, sejalan dengan kemajuan ilmu kesihatan, fungsi sebenarnya dari hampir semua organ tersebut telah diketahui.Ketika sebuah embrio bertumbuh, ia tidak melalui tahap-tahap dewasa dari apa yang dianggap sebagai nenek moyang evolusinya. Para ahli embrio tidak lagi memandang bahawa persamaan luar biasa antara beberapa embrio dengan bentuk dewasa beberapa haiwan sederhana sebagai suatu bukti adanya evolusi.

Kisah-kisah yang menyatakan bahawa manusia primitif yang berbentuk seperti kera telah dijumpai sangatlah diperbesarkan. Apa yang disebut sebagai manusia Piltdown ternyata adalah suatu lelucon belaka. Serpihan bukti yang disebut sebagai manusia Nebraska ternyata merupakan gigi babi. Penemuan dari manusia Jawa kebelakangan mengenali terjumpanya seekor gibbon (kera tidak berekor) besar dan selama ini ia telah mengabaikan kemungkinan kenyataan ini. Louis dan Mary Leakey, yang menjumpai Zinjathropus (yang sebelumnya disebut dengan Australopithecus), eksplisitnya mengakui bahawa penemuannya kemungkinan adalah kera. Peninggalan Ramapithecus hanya terdiri dari sebuah retakan gigi dan rahang, di mana gigi tersebut sangat menyerupai gigi baboon gelada (baboon berambut panjang) yang hidup sekarang ini. Selama sekitar 100 tahun dunia telah dikecohkan untuk mempercayai bahawa manusia Neanderthal berjalan bongkok dan berbentuk seperti kera. Penelitian terakhir menunjukkan bahawa manusia tersebut sebenarnya menderita cacat akibat arthritis (tulang punggung keropos) dan kemungkinan menderita penyakit rickets (pertumbuhan tulang yang tidak sempurna pada masa muda, disebabkan oleh tidak terasimilasinya kalsium dan fosfat akibat kekurangan vitamin D). Manusia Neandertal, manusia Heidelberg dan manusia Cro-Magnon, semuanya serupa dengan manusia yang hidup sekarang ini. Hasil rekaan para artis, terutama pada bahagian-bahagian tubuh yang berdaging, hanyalah sebuah bayangan dan tidak didukung oleh bukti. Lebih jauh lagi, teknik pengukuran usia yang ada masih di ragui kebenarannya.

Banyak dari fosil menunjukkan melalui bahagian lembut dan berdagingnya bahawa mereka dikuburkan sebelum membusuk. Hal ini, bersamaan dengan munculnya fosil polistrata (fosil yang menembus dua atau lebih strata batuan sedimen) pada formasi Karboniferous, Mesozoic dan Cenozoic, merupakan bukti pasti bahawa materi ini telah terurai dalam waktu yang cukup cepat, bukan dalam ratusan juta tahun.

Banyak fosil dari manusia moden (manusia yang berbentuk seperti yang ada sekarang) telah dijumpai jauh di kedalaman formasi batuan yang seharusnya berusia jutaan tahun lebih tua dari yang diandaikan oleh teori evolusi. Bukti-bukti ini dianggap tidak ada oleh para penganut aliran evolusi.

Urutan vertika fosil seringkali tidak sesuai dengan susunan yang diandaikan oleh teori evolusi.

Tidak seorang pun di dunia dapat menemukan tempat yang disebut sebagai "Kolom Geologi". Di Grand Canyon sekalipun, hanya dapat di jumpai suatu rekahan kecil dari kolom bayangan ini.

Jika evolusi telah terjadi, catatan sejarah fosil seharusnya menunjukkan perubahan yang bertahap dan perlanjutan semua bentuk kehidupan dari lapisan terbawah ke lapisan teratas. Apa yang di jumpai pula berlaku sebaliknya. Banyak spesies rumit di jumpai pada lapisan yang lebih bawah, di mana kesenjangan dan perlanjutan sering tidak berlaku.

Sebahagian besar sedimen yang menyelimuti semua fosil di jumpai tersebar di bawah air.

Sejarah penemuan fosil dunia merupakan bukti dari adanya kematian dan penguburan yang cepat dari kehidupan haiwan dan tumbuhan oleh suatu banjir, bukan merupakan bukti dari perubahan yang lambat.

Para peneliti menunjukkan bahawa syarat akan terbentuknya kehidupan adalah sangat rumit sehingga ianya seperti kebetulan dan jutaan tahun pun tidak dapat menjelaskannya.

Apabila seperti yang dikatakan oleh teori evolusi bahawa bumi pada bentuk awalnya memiliki oksigen pada atmosferanya, maka semua bahan kimia yang diperlukan oleh kehidupan pastilah sudah dihilangkan oleh proses pengoksidaan. Tetapi jika tidak ada oksigen, maka bermakna tidak ada ozon, dan berlaku ketiadaan ozon maka semua bentuk kehidupan akan dengan cepat dihancurkan oleh radiasi sinaran violet matahari.

Telah banyak usaha imajinatif yang gagal menjelaskan bagaimana suatu sel protein tunggal dapat terbentuk dari sekian banyak atmosfera yang diandaikan telah ada pada bumi awal. Reaksi kimia yang diperlukan semuanya cenderung untuk bergerak ke arah yang berlawanan daripada yang diharapkan. Lebih jauh lagi, semua sumber tenaga yang mungkin, apakah panas bumi, muatan listrik, atau radiasi sinar matahari, akan menghancurkan produk protein tersebut jutaan kali lebih cepat dari waktu yang diperlukan untuk pembentukannya.

Jika saja, dengan mengabaikan semua halangan, protein dapat ditimbulkan dengan proses kebetulan, hal ini masih bukan alasan yang dapat dipakai untuk mempercayai bahawa protein itu kemudian dapat membentuk sel yang hidup, terlindung oleh membran dan dapat bereproduksi dengan mandiri. Tidak ada bukti adanya suatu tahap keadaan yang stabil di antara pembentukan protein alamiah yang diandaikan dan pembentukan dari sel hidup yang pertama. Walaupun dunia ini dipenuhi dengan protein, tidak ada sarjana yang dapat mengajukan suatu prosedur ujian untuk membuktikan bagaimana suatu lompatan tingkat kerumitan ini dapat terjadi.

Jika kehidupan merupakan hasil dari suatu kebetulan sahaja, demikian pula dengan pemikiran. Pemikiran Anda, apa pun yang sedang Anda fikirkan saat ini, dapat dianggap sebagai suatu hasil dari suatu kejadian kebetulan dan oleh itu tidak memiliki maksud apa-apa.

Dengan menggunakan teknologi komputer, telah dikembangkan suatu perbandingan susunan asam amino yang mengandungi protein yang umum dimiliki oleh 47 jenis haiwan dan tumbuhan hidup. Hasil dari penelitian ini sangatlah bertentangan dengan ramalan teori evolusi.

Informasi genetik yang dibawa oleh setiap sel dari tubuh manusia secara kasar sebanding dengan sebuah perpustakaan yang berisi 4000 jilid buku. Dengan mengandaikan bahawa materi dan kehidupan itu tiba-tiba sahaja ada, kemungkinan mutasi dan pemilihan alamiah untuk menghasilkan informasi sebanyak itu sama dengan mengikuti prosedur di bawah ini terus menerus sampai 4000 jilid yang dihasilkan :

(a) Mulai dengan suatu ayat khalimat yang memiliki maksud

(b) Mengucap ulang ayat tersebut, tetapi kerana terjadinya beberapa kesalahan, maka beberapa huruf harus ditambahkan

(c) Memeriksa apakah ayat yang baru terbentuk memiliki makna

(d) Jika ya, maka ayat yang asli harus digantikan oleh ayat yang baru

(e) Kembali ke langkah (b)


 

Untuk mengumpulkan 4000 jilid yang memiliki makna, prosedur di atas harus menghasilkan anak-anak haiwan jauh lebih banyak dari 10 pangkat 3000. (Sebagai pembanding untuk membayangkan berapa banyaknya 10 pangkat 3000, perlu dicatat bahawa jagad raya yang dapat terlihat memiliki atom kurang dari 10 pangkat 80 di dalamnya).

Berdasarkan pemerhatian terakhir, DNA hanya dapat ditiru atau diproduksi ulang dengan bantuan enzim tertentu. Tetapi enzim-enzim ini hanya dapat diproduksi searah dengan DNA tersebut. Disebabkan keduanya saling bergantung, suatu penjelasan memuaskan tentang asal muasal yang satu haruslah dapat menjelaskan asal muasal yang lainnya pada saat yang sama. Tidak ada bukti yang dapat memberikan penjelasan alamiah tentang hal tersebut.

Asam amino yang ditemukan pada benda mati memiliki dua bentuk yang sama secara kimia; sekitar separuhnya dapat digambarkan sebagai "pengguna tangan kanan" dan separuhnya lagi sebagai "pengguna tangan kiri/kidal" (dengan kata lain kedua bentuk ini secara struktural saling membentuk bayangan cermin). Molekul protein yang ditemukan dalam semua bentuk kehidupan, termasuk tumbuhan, haiwan, bakteria, jamur dan bahkan virus, hanya memiliki jenis "pengguna tangan kiri". Kebarangkalian matematik bahawa proses kebetulan dapat menghasilkan hanya membentuk satu molekul protein kecil dengan hanya satu jenis asam amino dapat dianggap sebagai nol.

Bentuk kehidupan yang paling sederhana terdiri dari 600 molekul protein yang berbeza. Kebarangkalian matematik bahawa hanya satu molekul yang terbentuk melalui proses kebetulan jauh lebih kecil daripada 1 dalam 10 pangkat 527. (Sebagai pembanding seberapa besar 10 pangkat 527 itu, perlu dicatat bahawa diameter jagad raya yang dapat dilihat adalah sekitar 10 pangkat 28 inchi).

Ada banyak contoh di mana bentuk-bentuk kehidupan yang sangat berbeza dapat saling tergantung satu sama lain. Pohon ara dengan serangga yang hidup pada kulitnya, tumbuhan yucca dengan pronuba moth, banyak parasit dengan inangnya, tumbuhan yang memiliki serbuk sari dengan keluarga lebah yang terdiri dari ratu, pekerja dan lebah pejantan. Jika salah satu dari setiap pasangan di atas berkembang dahulu (seperti tumbuhan sebelum haiwan), maka pasangannya tidak akan dapat bertahan hidup. Kerana semua pasangan di atas telah bertahan hidup, maka mereka seharusnya menjadi ada pada waktu yang kurang lebih sama.

Penelitian yang rinci terhadap berbagai jenis haiwan telah menunjukkan bahawa beberapa kondisi dan kemampuan fizik yang mereka miliki tidak dapat ditiru oleh para pemikir di dunia, walaupun dengan menggunakan teknologi yang paling canggih. Sebagai contoh: sistem sonar yang amat kecil namun dapat diandalkan yang dimiliki oleh ikan lumba-lumba, propoises dan ikan paus; sistem radar frekuensi modulasi dan diskriminasi yang dimiliki oleh kelawar; kemampuan aerodinamika dan efisiensi yang dimiliki oleh burung humming; sistem kawalan, senjata dalaman dan ruang pembakaran yang dimiliki oleh lebah penyerbu; serta sistem navigasi yang amat tepat dan paling dipercayai muncul dari banyak jenis ikan dan burung. Banyaknya komponen dari sistem-sistem yang amat kompleks ini tidak dapat berevolusi begitu saja dengan mengabaikan sejumlah kerugian pada haiwan tersebut. Semua bukti ini hanya merujuk kepada satu Perancang saja.

Jika proses reproduksi seksual pada tumbuhan, haiwan dan manusia adalah akibat dari suatu proses evolusi, maka telah terjadi serangkai kejadian kebetulan yang jumlahnya luar biasa. Pertama, sistem reproduksi kaum jantan yang luar biasa kompleks dan berbeza haruslah secara lengkap dan mandiri berevolusi pada saat yang sama dengan proses evolusi yang terjadi pada kaum betina. Suatu peluang ketidaklengkapan yang terkecil pun akan membuat kedua sistem reproduksi menjadi tidak berguna, dan akibatnya seleksi alamiah akan menentang keberadaan mereka. Kedua, sistem fizik dan emosi dari kaum jantan dan kaum betina haruslah dapat saling menyesuaikan. Ketiga, produk dari sistem reproduksi kaum jantan (baik serbuk sari mahupun sperma) haruslah memiliki keserupaan dan pada saat yang sama memiliki kesesuaian secara mekanisma mahupun kimia dengan telur produk sistem reproduksi kaum betina. Keempat, proses khusus dan banyak yang muncul dalam tingkat molekul dalam telur yang telah dibuahi pastilah sudah bekerja secara luar biasa tepat dari awalnya. Proses ini hanya dapat ditiru oleh para sarjana secara sepotong-sepotong. Dan akhirnya, lingkungan hidup dari telur tersebut, mulai dari konsepsi sampai akhirnya dapat bereproduksi sendiri haruslah terkawal sampai ke tingkat yang luar biasa khususnya. Silakan fikir, apakah serangkaian peristiwa luar biasa ini dapat terjadi dengan "kebetulan" saja, ataukan memang ada seorang Perancang Yang Maha Pandai yang telah menciptakan sistem reproduksi seksual.

Jagad raya, tata suria, bumi dan kehidupan baru saja diciptakan ulang

Penjelasan alamiah tentang proses evolusi pada tata surya dan jagad raya sama sekali tidak ilmiah dan sangatlah tidak layak. Menurut semua teori evolusi pada sistem tata surya :

Planet-planet seharusnya semuanya berputar pada orbitnya ke arah yang sama. Kenyataannya, Venus dan Uranus sebaliknya berputar kearah bertentangan.Semua 42 bulan dari berbagai planet seharusnya berputar ke arah yang sama. Kenyataannya, 11 bulan berputar kea rah yang bertentangan.Orbit dari 42 bulan tersebut seharusnya semuanya terletak pada dataran khatulistiwa dari masing-masing planetnya. Kenyataannya, banyak dari bulan tersebut sangat bergeser, termasuklah bulan pada planet bumi.

Materi penyusun bumi (juga Mars, Venus dan Merkurius) seharusnya hampir semuanya terdiri dari hidrogen dan helium, serupa dengan matahari dan jagad raya yang tampak. Kenyataannya, kurang dari 1% penyusun massa bumi adalah hidrogen atau helium.Matahari seharusnya memiliki 700 kali lipat momentum angular dari yang dimiliki oleh planet-planet. Kenyataannya, planet-planet memiliki 50 kali lipat momentum angular matahari.

Penelitian rinci menunjukkan bahawa bintang-bintang tidak dapat terbentuk dari awan gas antara bintang. Agar partikel-partikel debu dapat terbentuk pertama kali atau agar gas tersebut dapat tertarik oleh graviti, diperlukan waktu yang jauh lebih lama dari waktu yang diperkirakan sebagai usia jagad raya. Satu-satunya alternatif yang mungkin: ialahh andaian bahawa bintang-bintang tersebut diciptakan.

Daya tarik pasang matahari sangatlah kuat sehingga awan debu atau awan gas yang terdapat dalam orbit Jupiter tidaklah mungkin terkondensasi untuk membentuk planet.Cincin Saturn tidak dapat terbentuk dari disintegrasi satelit atau dari tertangkapnya materi luarannya; partikel-partikelnya sangatlah kecil dan tersebar dengan sangat merata sepanjang orbit yang berbentuk melingkar. Oleh itu, cincin rupanya merupakan serpihan dari penciptaan planet itu.

Bulan bukanlah merupakan pecahan dari bumi dan bukan juga merupakan gumpalan dari materi yang sama dengan materi bumi kerana majoriti bahan yang ada di bulan tidaklah sama dengan yang ada di bumi. Jika bulan terbentuk dari partikel-partikel yang mengorbit bumi, maka partikel-partikel lain seharusnya akan tampak lebih jelas dari orbit bulan, sedangkan pada kenyataannya tidak. Lingkaran bulan, yang sangat miring terhadap orbitnya, merupakan bukti kuat bahawa bulan tidak tertangkap oleh bumi. Jika bulan bukan merupakan bahagian dari bumi sebelumnya, tidak terbentuk dari partikel-partikel kecil yang berada di sekitar orbitnya sekarang dan tidak juga tertangkap oleh bumi, hanya ada satu kemungkinan yang tinggal. Bulan pastilah diciptakan pada orbitnya yang sekarang.

Tidak ada teori ilmiah yang dapat menjelaskan asal mula materi, ruang atau waktu. Kerana mereka berkaitan erat satu sama lain, bahkan saling mendefinisikan, suatu penjelasan memuaskan tentang asal mula salah satunya haruslah dapat memberikan penjelasan yang memuaskan tentang asal mula yang lainnya. Penjelasan alamiah yang pernah ada semuanya gagal.Hukum Pertama Termodinamik menyatakan bahawa tenaga pada jagad raya ini konstan atau tetap. Banyak percubaan telah menunjukkan, bahawa jumlah tenaga yang ada (atau ekuivalen massanya) selalu konstan, tidak kira apapun proses konversinya. Dengan kata lain, Hukum Pertama juga menyatakan bahawa tenaga tidak dapat diciptakan. Kerana pada kenyataanya terdapat begitu banyak tenaga di jagad raya, tenaga itu haruslah diciptakan sebelum Hukum Pertama tersebut berlaku. Selanjutnya, kerana energi tidak dapat menciptakan dirinya sendiri, maka Sesuatu yang berada di luar itu semua haruslah yang menciptakannya.

Konsekuensi dari Hukum Kedua Termodinamik adalah bahawa jagad raya tidaklah mungkin selalu ada, pastilah ada suatu saat di mana ia dimulai. Konsekuensi lanjutnya adalah ketika jagad raya dimulai, keadaannya jauh lebih rapi daripada sekarang ini – bukannya dalam keadaan yang amat kacau balau seperti yang diandaikan oleh para penganut teori evolusi dan teori Ledakan Besar (Big Bang)

Kita telah melihat sejumlah bintang mati, tetapi kita tidak pernah melihat sebuah bintang dilahirkan. Selama ini selalu proses mundur yang dapat ditemukan dan diamati, tidak ada satu pun proses maju atau evolusi. Tidak ada bukti bahawa bintang mengalami evolusi.

Evolusi ruang angkasa diandaikan dalam ketetapan hitungan usia bintang-bintang. Perhitungan usia ini kemudian digunakan untuk membuat suatu kerangka evolusi ruang angkasa. Hal ini menunjukkan suatu alasan yang berputar-putar.Tidak ada bukti bahawa galaksi-galaksi mengalami evolusi.

Semua teknik yang mendukung bahawa bumi sudah sangat tua bersifat tidak logik atau didasarkan pada andaian yang tidak dapat dibuktikan !

Semua perkiraan penanggalan sebelum adanya sejarah tertulis haruslah diandaikan bahawa sistem penanggalan telah menggunakan penyatuan yang dikenali, bahawa pengaturan perhitungan waktu awalnya diketahui dan bahawa sistem perhitungan tersebut tidaklah diganggu. Andaian ini hampir selalu tidak dapat dipenuhi kerana mustahil untuk dicapai.

Suatu andaian utama yang mendasari semua teknik penelusuran radioaktif adalah kecepatan dari proses pembusukan, teknik mana yang relatif tidak mengalami kemajuan selama 70 tahun terakhir, dan juga konstan selama 4.600.000.000 (empat milyard enam ratus juta) tahun terakhir. Ini merupakan suatu andaian yang nekad, kritis dan tidak dapat dibuktikan, tetapi tetap sahaja diambil meskipun tidak seorang pun tahu apa yang menyebabkan pembusukan radioaktif.

Masyarakat dikucar-kacirkan tentang ketepatan teknik penelusuran radiometrik (metode Potassium-Argon, metode Rubidium-Strontium dan metode Uranium-Thorium). Banyak dari usia yang diumumkan dapat diperiksa menggunakan perbandingan dengan usia yang diperkirakan untuk fosil-fosil yang melekat pada batuan yang diperiksa dengan teknik penelusuran radiometrik. Pada lebih dari 300 kasus yang telah diterbitkan (hampir separuhnya), hasil penelusuran radiometrik mengalami kesalahan paling tidak satu keturunan geologi, hal mana menunjukkan kesalahan fatal pada metodologinya. Satu pertanyaan yang tidak dapat dijawab adalah, "Berapa banyak hasil pemeriksaan yang tidak diumumkan kerana salah ?"

Halo pleochroik, lingkaran-lingkaran kecil diskolorasi yang dihasilkan oleh pembusukan partikel radioaktif yang terbungkus oleh berbagai kristal, menunjukkan bahawa kulit bumi tidak pernah berada dalam keadaan membeku. Lebih lanjut lagi, halo ini menunjukkan bahawa pembusukan radioaktif tidaklah konstan, bahkan pada kenyataannya, berbeza-beza dalam berbagai urutan sifat yang dapat diamati pada saat ini.

Pembentukan geologi hampir selalu dicatat dengan kandungan fosilnya, terutama oleh fosil index dari beberapa haiwan pupus tertentu. Usia fosil dihitung dari urutan evolusi andaian, tetapi sebaliknya, urutan evolusi juga didasarkan pada usia fosil! Hal ini menunjukkan pengalasan melingkar. Akibatnya, prosedur ini menghasilkan banyak sekali percanggahan

Jejak kaki manusia djumpai bersebelahan dengan jejak kaki dinasour pada formasi batuan yang terdapat pada sungai Paluxy di Texas. Hal ini jelas menunjukkan bahawa manusia dan dinasour hidup pada saat dan tempat yang sama. Tetapi para penganut evolusi menyatakan bahawa dinasour telah musnah sekitar 65 juta tahun sebelum manusia mulai ada. Setidaknya, hal ini hanya memperlihatkan benarnya telah ada zaman nabi Nuh.

Banyak orang telah menjumpai benda buatan manusia yang terbungkus batu bara pada waktu dan tempat yang berbeza. Misalnya terdapat sebuah rantai emas 8 karat, sebuah sendok, sebuah pemberat, sebuat pot besi, sebuah loceng dan benda lain yang jelas merupakan buatan manusia. Banyak pula benda-benda yang dianggap salah tempat, seperti jambangan metal, sebuah sekrup, paku, sebuah koin dan sebuah boneka telah pula dijumpai terkubur jauh di dalam batuan padat. Dengan kaedah penanggalan evolusi, benda-benda tersebut akan dinyatakan berusia ratusan juta tahun, tetapi sebaliknya evolusi menganggap bahawa manusia belum ada sampai sekitar 2 atau 4 juta tahun yang lalu. Pastilah ada yang salah!

Pada formasi batuan di Utah, Pennsylvania, Missouri dan Kentucky, jejak kaki manusia yang dianggap berusia 150 sampai 600 juta tahun telah dijumpai dan diperiksa oleh berbagai badan berwenang. Di sini jelas terdapat kesalahan besar secara kronologi.

Kenyataan bahawa tidak ada "ketidaksesuaian" global pada lapisan sedimentasi bumi menunjukkan kemungkinan bahawa keseluruhan data geologi tersebut telah terkumpul secara cepat. (Suatu "ketidaksesuaian" adalah suatu permukaan erosi di antara dua formasi batuan yang berurutan yang membuktikan adanya tenggang waktu yang tidak diketahui lamanya. Suatu "kesesuaian" membuktikan adanya penyusunan lanjutan berlaku cepat. Kerana suatu jalur yang berlanjutan dapat diikuti dari lapisan geologi terbawah sampai teratas tanpa dijumpai tanda-tanda "ketidaksesuaian", maka sedimen yang terbentuk sepanjang jalur tersebut telah tersusun secara berjanjutan.

Penanggalan radikarbon, yang telah secara benar dikalibrasi dengan menghitung jumlah lingkaran kehidupan pada pohon-pohon hidup sampai usia 3500 tahun, tidak dapat memperluas ketepatannya untuk digunakan bagi menghitung balik sisa-sisa organik purba. Beberapa orang telah menyatakan bahawa kayu kuno yang ada dapat dipakai untuk memperluas jangkauan kalibrasi ini, tetapi orang-orang ini tidak pernah mengizinkan ilmuwan di luar mereka untuk memeriksa ulang data mereka. Sebaliknya, pengukuran pada ratusan lokasi[tempat] di dunia menunjukkan bahawa konsentrasi radiokarbon pada atmosfera meningkat cukup cepat pada zaman sebelum 3500 tahun yang lalu. Jika hal ini terjadi, maka usia radiokarbon 40000 tahun sebenarnya sama dengan 5000 tahun sahaja!

Kebanyakan teknik penanggalan menunjukkan usia bumi dan tata suria masih muda.

Pengukuran langsung terhadap medan magnet bumi selama 140 tahun terakhir menunjukkan suatu penyimpangan kekuatan yang tetap dan cepat. Pola pembusukan ini sejalan dengan pandangan teoritis bahawa terdapat suatu arus listrik dalam bumi yang menghasilkan medan magnet. Jika pandangan ini benar, maka 25000 tahun yang lalu arus listrik masih dalam jumlah yang begitu besar sehingga struktur bumi tidak akan sanggup menahan panas yang dihasilkannya. Hal ini menimbulkan pemikiran bahawa usia bumi tidaklah lebih dari 25000 tahun. Oleh itu masih juga dianggap cakerawala ini sebuah ciptaan.

Jam atom, yang telah digunakan selama 22 tahun untuk menghitung kecepatan putaran bumi sampai ke sepermiliar detik terdekat, telah secara konsisten menunjukkan bahawa perputaran bumi semakin lambat dengan tingkat satu detik per tahun. Jika usia bumi miliaran tahun, maka kecepatan putar awalnya pastilah sangat cepat sehingga telah terjadi distorsi [condongan] besar terhadap bentuk bumi itu sendiri.

Lebih dari 27 miliar ton sedimen, terutama dari sungai-sungai, telah memasuki lautan setiap tahun. Tentu saja, kecepatan perpindahan sedimen tidak konstan dan telah semakin lambat kerana lapisan atas yang lebih tidak padat telah hilang. Tetapi, seandainya kecepatan tersebut adalah konstan, maka sedimen yang mengalir ke laut tersebut pastilah telah terakumulasi hanya dalam waktu 30 juta tahun. Kerana itu, benua dan lautan tidak mungkin berusia satu miliar tahun.

Atmosfera memiliki kandungan helium yang berusia kurang dari 40000 tahun, didasarkan pada jumlah produksi helium dari peguraian uranium dan thorium. Tidak diketahui bagaimana caranya sejumlah besar helium dapat terlepas dari atmosfera. Dapat disimpulkan usia atmosfera ini juga masih muda.

Kecepatan masuknya unsur-unsur seperti tembaga, emas, timah putih, timah hitam, silikon, merkuri, uranium dan nikel ke dalam laut sangatlah cepat jika dibandingkan dengan kadar mereka dalam lautan. Dengan itu, dapatlah diduga bahawa usia lautan jauh lebih muda dari satu juta tahun.

Para penganut evolusi percaya bahawa benua-benua telah ada selama satu miliar tahun. Dengan contoh andaian bapa Geologi seperti Alfred Wegener 1912 hanyutan benua mula berlaku sekitar 200 milion tahun. Tetapi benua-benua telah tererosi dengan kecepatan yang hanya mungkin terjadi apabila usia benua tersebut hanya sekitar 14 juta tahun.

Keberadaan gas dan minyak tekanan tinggi dalam batuan berpori menunjukkan bahawa fluida tersebut hanya mungkin terbentuk atau terselubung dalam waktu kurang dari 10000 tahun lalu. Bila telah terperangkap lebih dari waktu tersebut, maka kebocoran yang terjadi pastilah telah menurunkan tekanan sampai tingkat yang jauh lebih rendah dari yang ada sekarang.

Tidak pernah ada suatu laporan terkini tentang penemuan jejak meteor pada materi sedimen. Jika sedimen yang memiliki kedalaman rata-rata 1 ½ mil telah ada selama ratusan juta tahun, maka seharusnya banyak jejak meteor yang dapat ditemukan kerana meteor telah secara teratur jatuh pada permukaan bumi. Kerana itu, sedimentasi tampaknya telah terdeposisi secara cepat, dan lebih lanjut lagi, kerana tidak ada laporan tentang jejak meteor di balik sedimen, maka jejak tersebut pastilah telah terbentuk pada waktu yang belum begitu lama.

Apabila kecepatan akumulasi debu meteor pada bumi adalah seperti yang diandaikan, maka dalam waktu 5 juta tahun akan tertimbun sedalam 182 kaki debu. Kerana kandungan nikel pada debu ini tinggi, maka seharusnya terdapat kadar nikel yang amat sangat tinggi pada batuan kristal di bumi. Kenyataannya tidak ditemukan konsentrasi nikel yang tinggi baik di daratan maupun lautan. Dengan itu, dapatlah disimpulkan bahawa usia bumi sebenarnya masih muda.

Jika usia bulan miliaran tahun, maka seharusnya di sana telah terkumpulnya debu angkasa yang sangat tebal hingga mencapai kedalaman 1 mil. Sebelum ada instrumen[peralatan] peneliti ditempatkan di bulan, NASA sangat khuatir bahawa astronotnya akan tenggelam dalam lautan debu. Hal ini ternyata tidak terjadi, hanya sedikit sekali debu angkasa yang ditemukan di permukaan bulan. Kesimpulannya: bulan masih muda.

Radiasi matahari menimbulkan suatu daya dorong keluar pada partikel-partikel kecil yang mengorbit matahari. Partikel yang berukuran diameter lebih kecil dari seperseratusribu sentimeter seharusnya terdorong keluar dari tata suria jika usia tata suria miliaran tahun. Ternyata partikel-partikel ini masih mengorbit matahari. Kesimpulannya : tata suria masih muda.

Sejak tahun 1836, lebih dari 100 pengamat pada Royal Greenwich Observatory dan U.S. Naval Observatory telah melakukan pengukuran visual langsung yang menunjukkan bahawa diameter matahari mengecil dengan kecepatan 0.1% setiap abad atau sekitar 5 kaki setiap jam. Lebih lanjut, catatan tentang gerhana matahari menunjukkan bahawa pengerutan cepat ini telah berlangsung selama 400 tahun terakhir. Beberapa teknik tidak langsung juga mengesahkan kejatuhan graviti ini, meskipun kecepatannya hanya diperkirakan 1/7 nya saja. Menggunakan data yang paling konservatif, dapat disimpulkan bahawa apabila matahari telah ada satu juta tahun yang lalu, maka ukurannya pastilah sangat besar sehingga kondisi bumi akan sangatlah panas sehingga tidak satupun bentuk kehidupan yang akan dapat bertahan. Meskipun demikian, para penganut evolusi masih tetap memaksakan pendapat bahawa satu juta tahun yang lalu semua bentuk kehidupan sama keadaannya dengan sekarang, dan telah menyelesaikan semua tingkat evolusinya yang telah berlangsung selama ribuan juta tahun sebelumnya.

Komet-komet tempoh singkat membakar sebahagian massanya setiap kali mereka melalui matahari. Dengan demikian, tidak akan ada lagi sisa dari komet-komet tersebut setelah 10 ribu tahun. Tidak ada sumber yang dikenal dapat menggantikan komet. Jika komet terjadi pada waktu yang sama dengan tata surya, maka usia tata suria harus kurang dari 10 ribu tahun.

Jupiter dan Saturn masing-masing meradiasikan lebih dari dua kali lipat tenaga yang mereka terima dari matahari. Perhitungan menunjukkan bahawa sangat tidak mungkin bagi tenaga ini timbul dari reputan radioaktif atau dibentukkan hasil graviti. Satu-satunya penjelasan yang dapat diterima adalah bahawa kedua planet ini belum berusia cukup lama untuk menyejuk.

Medan graviti matahari bertindak seperti sebuah penghisap debu raksasa yang menyapu sekitar 100 ribu ton micrometeor setiap hari. Jika tata suria berusia 10 ribu tahun, maka tidak akan ada micrometeor yang tertinggal kerana tidak ada sumber untuk menggantikan micrometeor. Sebuah awan berbentuk piringan besar yang tersusun dari partikel ini saat ini masih mengorbit matahari. Kesimpulan : tata suria berusia kurang dari 10 ribu tahun.

Bintang-bintang seringkali berpindah dalam kelompok-kelompok berjarak dekat, bergerak ke arah yang sama dan dengan kecepatan yang hampir sama. Hal ini tidak mungkin apabila mereka telah berpindah selama miliaran tahun, kerana sedikit saja perbezaan dalam kecepatannya akan mengakibatkan perpecahan dalam tempoh waktu yang lama tersebut.

Semua teknik penanggalan, termasuk yang menyarankan usia bumi dan ruang angkasa yang tua, sangat bergantung pada andaian bahawa suatu proses yang dapat diamati pada saat ini selalu berlangsung pada kecepatan yang diketahui. Secara kasar andaian ini sangatlah tidak akurat. Tetapi pada banyak penanggalan yang menyarankan usia bumi yang muda, terdapat suatu pengertian atau landasan yang lebih dapat difahami melalui mekanisme kerjanya. Lebih lanjut, ekstra polasi hanya berlaku pada tempoh waktu yang jauh lebih singkat sehingga kemungkinan kebenarannya lebih besar.

Air bah yang melanda bumi pada zaman nabi nuh benar-benar terjadi. Bahtera nuh kemungkinan masih ada hari ini.

Para sejarawan kuno seperti Josephus (berbangsa Yahudi Roma) dan Berosus dari Chaldea menyebutkan dalam tulisan mereka bahawa bahtera itu ada. Marco Polo juga menyatakan bahawa bahtera itu dilaporkan berada di atas suatu gunung di daerah Armenia Besar.

Pada sekitar tahun 1856, sebuah pasukan yang terdiri dari tiga sarjana Inggeris dan dua pemandu Armenia mendaki gunung Ararat untuk membuktikan bahawa bahtera itu tidak ada. Ternyata bahtera itu ditemukan, tetapi para sarjana Inggeris itu mengancam akan membunuh para pemandu jika melaporkan hal tersebut. Bertahun kemudian, salah satu dari pemandu Armenia tersebut (yang saat itu sudah tinggal di Amerika) dan salah satu dari para sarjana, secara terpisah melaporkan bahawa mereka sebenarnya telah menemukan bahtera itu.

Sir James Bryce, seorang pelajar dan pengelana terkenal dari Inggeris pada pertengahan abad ke 19, mengadakan suatu kajian literatur ekstensif tentang bahtera Nuh. Dia diyakinkan bahawa bahtera tersebut berada di gunung Ararat. Akhirnya, dia sendiri mendaki ke puncak gunung pada tahun 1867 dan menemui pada ketinggian 13 ribu kaki suatu pecahan besar dari peralatan kayu yang dipercayai berasal dari bahtera.

Pada tahun 1883, menurut sejumlah artikel surat kabar, suatu pasukan dari pejabat Turki yang sedang menyelidiki timbunan besar pada gunung Ararat, secara tidak diduga menjumpai bahtera tersebut dalam posisi menunjuk ke luar dari suatu gumpalan es yang meleleh di musim panas. Mereka menyatakan mereka telah memasuki suatu bahagian dari bahtera itu, tetapi laporan surat khabar hanya menganggap kejadian tersebut suatu gurauan belaka.

Pada musim panas yang sangat hangat pada tahun 1902 dan 1904, seorang bocah Armenia, Georgie Hagopian dan ayahnya mendaki ke dalam bahtera yang menonjol keluar dari timbunan es. Bocah tersebut mendaki dan benar-benar memasuki bahtera tersebut. Suatu rakaman kesaksiannya yang sahih dan dapat dipercayai telah dibuat sesaat sebelum kematiannya tahun 1972. Suatu ujian analisis suara menunjukkan tidak adanya tanda kebohongan.

Seorang pilot Rusia, yang terbang melalui Ararat pada Perang Dunia pertama (1915) merasa telah melihat bahtera tersebut. Berita penemuannya diterima oleh Tzar Rusia, yang mengirimkan suatu ekspedisi besar ke lokasi tersebut. Tentera-tentera tersebut berhasil menemukan dan mengeksplorasi bahtera itu, tetapi sebelum mereka sempat melaporkan kembali ke ibu kota, terjadilah Revolusi Rusia tahun 1917. Laporan tersebut hilang dan para tentara pun tercerai berai. Beberapa dari mereka akhirnya mencapai Amerika. Berbagai kenalan dan kerabat telah mengesahkankan cerita mereka di kemudian hari.

Sekitar waktu yang sama dengan penemuan orang Rusia, lima orang tentera Turki yang melalui gunung Ararat, menyatakan telah secara tidak sengaja bertemu dengan bahtera Nuh tetapi mereka tidak melaporkannya sampai 30 tahun kemudian ketika mereka diminta memandu suatu ekspedisi Amerika ke lokasi tersebut. Ekspedisi ini tidak dicatat secara formal dan hasil penelitian mereka tidak pernah diungkap sampai kematian mereka.

Selama Perang Dunia kedua, sekelompok penerbang Rusia pada sekurang-kurangnya dua kesempatan telah mengambil foto udara yang menunjukkan bahtera tersebut menonjol keluar dari es. Foto-foto tersebut kemudian diperlihatkan kepada seorang doktor Amerika di Berlin setelah perang, yang kemudian mengungkap kisah ini.

Seorang ahli geologi minyak, George Greene, pada tahun 1953 mengambil sejumlah foto bahtera dari sebuah helikopter. Sekembalinya ke Amerika, Greene memperlihatkan foto-foto itu kepada banyak orang, tetapi tidak dapat mengumpulkan cukup dana untuk mengadakan ekspedisi daratan. Akhirnya dia pergi ke Amerika Selatan dan terbunuh di sana. Meskipun tidak seorang pun tahu di mana foto-foto itu berada sekarang, lebih dari 30 orang memberikan kesaksian tertulis di bawah sumpah bahawa mereka melihat foto-foto yang dengan jelas memperlihatkan bahtera yang menonjok keluar dari es yang meleleh di tepi sebuah tebing. Ada banyak lagi cerita-cerita di mana orang-orang menyatakan telah melihat bahtera itu. Beberapa diragukan kebenarannya, dan beberapa yang lain tidak sesuai dengan butiran yang telah diketahui. Hanya cerita-cerita yang paling dapat dipercayai yang telah dikutip seperti di atas.

Banyak kondisi bumi yang tidak dapat dijelaskan sebelumnya sekarang dapat dijelaskan dengan adanya air bah ini.

Asal usul dari masing-masing kondisi bumi di bawah ini masihlah kontroversial dalam ilmu-ilmu pengetahuan tentang bumi. Masing-masing secara khusus melibatkan sejumlah hipotesis dan aspek yang tidak dapat diterangkan. Semua kondisi ini dapat dipandang sebagai suatu akibat langsung dari suatu kejadian tunggal dan tak dapat terulang, iaitu suatu air bah di mana air menyentak keluar dari seluruh dunia, sub benua dan ruangan-ruangan terhubung dengan jumlah tenaga terlepaskan melebihi 100 triliun megaton bahan peledak TNT. Penyebab dan akibat dari urutan kejadian ini melibatkan suatu fenomena yang dapat difahami dengan jelas dan dapat diteliti pada dunia moden.

  1. Pembentukan batu bara
  2. Gunung-gunung
  3. Jalur kanal laut
  4. Tebing bawah laut
  5. Tepian di tengah laut
  6. Pergeseran benua
  7. Pola magnetik dasar lautan
  8. Strata batuan
  9. Zaman es dan glasier
  10. Kepingan dan kantung benua
  11. Gunung berapi dan dataran bawah laut
  12. Kubah garam
  13. Batuan metamorfik


 

Apa yang tampaknya sebagai kejadian yang tidak mungkin menjadi dapat dipercayai apabila dipelajari dengan lebih mendalam.


 

Setiap jaringan pengunungan besar di bumi mengandungi fosil dari kehidupan laut.

Hampir setiap kebudayaan di bumi memiliki lagenda tentang suatu air bah yang traumatik, di mana hanya beberapa orang yang selamat dalam suatu kapal besar.

Sebahagian besar dari gunung-gunung di bumi terbentuk setelah hampir semua sedimen terkumpul. Jika gunung-gunung ini diratakan kembali (dan kantung-kantung lautan akan naik sebagai kompensasi dari turunnya sejumlah besar massa ini), maka lautan akan membanjiri seluruh bumi. Oleh itu, terdapat cukup banyak air di bumi untuk melingkupi gunung-gunung kecil yang telah ada sebelum banjir itu terjadi.

Benih masih dapat bertumbuh setelah terbenam selama setahun dalam air asin.

Suatu bahtera berjilid 1.5 juta kubik kaki dan lapan penumpang manusia dapat mendukung kehidupan selama setahun sejumlah mamalia, reptilia, amfibia dan burung. Perkiraan tentang jumlah haiwan yang dibawa berkisar dari dua ribu sampai 35 ribu. Keperluan logistik yang dapat dipenuhi oleh bahtera besar tersebut termasuk makanan dan air tawar, aliran udara segar dan ruangan untuk pergerakan dan pembuangan kotoran.

Suatu bangunan persegi berukuran panjang 450 kaki, lebar 75 kaki dan tinggi 45 kaki akan bersifat cukup stabil di atas permukaan air dan sanggup menampung muatan penuh pada permukaan daratan kering.

Sudah cukup banyak hal yang membingungkan dalam konteks hubungan evolusi dan agama sehingga lebih besar masyarakat mempercayai agama. Dan saya percaya jika lebih lagi banyak masyarakat yang ingin mengkaji hal ini secara mendalam dalam semua sudut tentu tidak menjadi masalah mereka menerima konsep evolusi yang tidak bercanggah dengan bidang agama, sebaliknya menguatkan fahaman agama mereka.

0 Komen: