SEBUAH ULASAN RINGKAS TENTANG TRINITI

Tuesday, October 7, 2008

PENGENALAN

Prof Yusuf Roni pernah mengatakan, ―dalam soal kutip mengutip kitab suci agama lain, dan menafsirkannya menurut kacamata agama masing-masing dalam dunia agama atau theologi, saya kira hal yang lumrah, sebab dari sudut mana si pengutip dan si penafsir memandang kitab suci agama lain itu‖. Oleh itu suatu kajian perlu objektif dan ditambah dengan induktif, deduktif, natural, reduksi dan de facto. Setiap kajian yang mematuhi ciri ini adalah adil dan bakal benar. Dan sudah barang tentu apabila dipandang dari sudut agama yang bersangkutan, maka penafsiran itu tidak dapat diterima, atau merasa diselewengkan! Hendaknya umat beragama harus berjiwa besar apabila kitab sucinya dikritik, agar kemurniannya yang hakiki. Menerima Triniti bukanlah kebodohan cuma perlu difahami dengan lebih meluas dari segi penggunaan ayatnya. Oleh itu, Al-Quran juga perlu dibuat ujian yang sama seperti Alkitab…bukan bermaksud penulis cuba menyanggahkan agama Islam melainkan kenyataan hanya dapat dibuktikan melalui objektiviti dan hasil kerja bersama dikalangan manusia ―Oleh sebab itu saya rasa umat Kristian tidak keberatan apabila ada umat agama lain mengutip ayat-ayat Alkitab sekalipun penafsirannya tidak sama dengan ajaran Kristian! (Yusuf Roni K.A.M., 1978).

1. BUKTI DALAM ALKITAB

Kata Triniti tidak ada dalam Perjanjian Lama baik Tanakh Ibrani mahupun Septuaginta, harap jangan diarahkan bahawa Septuaginta menuliskan muatan ayat yang berbeza dengan Tanakh Ibrani; Septuaginta hanyalah terjemahan Tanakh Ibrani ke bahasa Yunani. Tetapi isinya semua sama. Juga dalam Perjanjian Baru istilah Triniti tidak ada. Namun petunjuk ke arah ke‘ tri‘tunggalan ini sangat jelas, seperti dalam peristiwa pembaptisan Yesus (Matius 3: 16-17) dimana Ketiganya itu menyatakan diri sesuai dengan ayat 1 Yohanes 5:7.

a) Perkataan “ONOMA
Kitab Suci menggunakan sebutan Roh Kudus dan Allah / Tuhan (ADONAI) / TUHAN (YHVH) secara interchangeable (= boleh dibolak-balik). Oleh itu, ia menyokong perkataan ONOMA dalam Alkitab:
Text bahasa aslinya adalah demikian : "POREUTHENTES OUN MATHETEUSATE PANTA TA ETHNE BAPTIZONTES AUTOUS EIS TO 'ONOMA' TOU PATROS KAI TOU HUIOU KAI TOU HAGIOU PNEUMATOS" (Matius 3:16)

Perubahan bentuk kata 'ONOMA menurut konteks tatabahasa Ibrani': Jamak: Nominatif Tunggal: Nominatif, 'ONOMA' Genitif, 'ONOMATOS' Datif, 'ONOMATI' Akusatif, 'ONOMA' Perkataan ini tidak dapat merujuk kepada maksud lain melainkan sifat ONOMA yang merujuk kepada tunggal nominative/ bilangan iaitu tiga dalam satu peribadi. Oleh itu, dapat dibolak-balik bermaksud umpama kereta tanpa tayar tidak akan bergerak, kereta tanpa minyak tidak akan bergerak dan begitu juga ada badan kereta tetapi jika tiada minyak dan tayar maka tidak juga akan kemana-mana. Konteks ini ialah seperti: Bapa+Anak+Roh Kudus= Tuhan sama dengan konteks Badan kereta+Tayar+Minyak=Kereta boleh berjalan Konsep ini harus berada pada konteks yang betul.

Contohnya, konsep kubus, iaitu kubus terdiri daripada 3 unsur ukuran. Maka jika salah satu unsur tidak ada, kubus tidak ada. Kalau Tuhan diumpamakan seperti kubus, bermaksud Tuhan tidak ada ketika Yesus belum lahir dan ketika Yesus mati di kayu Salib. Kerana anda akan memandang hal tersebut kalau Tuhan harus ada bila ada tiga unsur ukuran, bermaksud Tuhan diciptakan[adanya duplikasi], bukan Pencipta. Logiknya, kubus bukanlah membentuk sebuah fungsi hidup apalagi disamakan dengan esanya. Kubus bukanlah hidup dan tidak bergerak melainkan digerakkan. Contohnya jika saya meludah, maka ludah itu adalah dari saya dan jika jatuh di lantai masih juga ludah saya. Bagaimana pula dengan Tuhan yang nampaknya jauh lebih maju daripada manusia, dapatkah anda membayangkan?

Anda tidak dapat menyamakan sebuah kubus dengan fungsi sebuah kunci walaupun kunci bukan benda hidup. Kunci [Bapa] memiliki anak kunci[Yesus] yang digunakan untuk membuka kunci[belenggu dosa warisan]. Kunci tersebut dinamakan ―sebuah kunci‖ dan tidak dipanggil sebagai kunci anak mahupun bapa kunci kerana ianya membawa maksud berbeza. Sementara, kunci tidak dapat dibukakan dengan mencucuk sahaja dan semestinya memerlukan ―tindakan[Roh Kudus]‖ untuk membuka dan sebagai pertalian dua peribadi tersebut. Tugasan ketiga-tiga keadaan ini akan menghasilkan sebuah fungsi ―kunci[Tuhan]‖. Oleh itu, sejarawan dan ahli falsafah terunggul zamannya iaitu Tertulian penegak Triniti menegaskan, Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Kudus menyatu di dalam substansinya. Namun kesatuan substansi Tuhan ini terdistribusi/random ke dalam tigapribadi, iaitu pribadi Tuhan Bapa, pribadi Yesus Kristus dan pribadi Roh Kudus.[2] Tigaperibadi ini bukanlah tiga kondisi, tetapi tiga di dalam tingkatan, bukan dalam substansi tapi dalam bentuk, bukan dalam kuasa, tetapi aspek-aspeknya. Tertullian, lebih senang menyebut Yesus Kristus sebagai Anak, yang semestinya berasal dari substansi Tuhan. Contohnya, Anak akan mewakili Bapa dengan melakukan kehendak Bapa dan menerima semua kekuasaan dari Bapa. Roh Kudus keluar dari Bapa melalui Anak. Anak yang menerima semua kekuasaan dari Bapa itupun harus mengembalikan seluruhnya kepada Bapa.[3] Oleh itu, konteks ini bermakna ONOMA tunggal yang hanya dapat merujuk kepada monotisme. Hal ini sesuai dengan konteks ayat Lukas 18:27; 1 Korintus 1:27; Kejadian 18:14. Menjawab Praxeas, Tertullianus mengatakan bahawa Tuhan adalah suatu zat atau hakikat dalamtiga Pribadi. Tidak banyak buku yang menyoroti keunikan Tertullianus di dalam melihat Oknum Kedua[Yesus] Tuhan sebagai Zat Bapa yang menghasilkan Firman yang memang menjadi pusat[penghubung Bapa dengan manusia] dari iman Kristen. Di sinilah terdapatnya keunikan Tertulian dalam menyoroti pengertian Tritunggal yang sangat asli dan tidak terdapat pada pemikir sezaman dengan beliau.

b) Bukti Roh Kudus Tuhan

1. Kekal - (Ibrani 9:14). 2. Mahaada - (Mazmur 139:7-10). 3. Mahatahu - (1 Korintus 2:10-11, Yesaya 40:13). Contohnya, 1 Korintus 2:10-11 yang menunjukkan bahawa Roh Kudus itu tahu apa yang ada dalam diri Allah, jelas menunjukkan bahawa Roh Kudus itu mahatahu! 4. Mahakuasa (Matius 12:28 ). 5. Suci – Ini terlihat dari sebutan ‗kudus‘, dan juga terlihat dari Efesus 4:30 yang menunjukkan bahawa dosa kita mendukakan Roh Kudus. c) Kitab Suci juga menunjukkan bahawa Roh Kudus melakukan pekerjaan-pekerjaan ilahi seperti: 1. Penciptaan (Kejadian 1:2, Ayub 33:4). 2. Melahirbarukan (Yohanes 3:5-6, Titus 3:5). 3. Membangkitkan Yesus (Roma 8:11). d) Nama Roh Kudus ditempatkan dalam posisi yang sejajar dengan nama Bapa dan Anak, seperti dalam Mat 28:19 dan 2Kor 13:13.

c. Bukti Yesus adalah Tuhan

Sebagai contoh ayat Yes.9:5 jelas menunjukkan bahawa ―Allah yang Perkasa, Bapa yang kekal, dan Raja Damai?ditujukan kepada Yesus. Disebutkan bahawa Bapa mengatakan Anak sebagai ‗Allah? yang diurapi ‗Allah?(Ibrani.1:8,9) dan bukan hanya Bapa tetapi Anak pun disembah oleh malaikat dan dimuliakan (Ibrani.1:6; banding dgn. Wahyu. 1:17;4:10-11;14:7;15:4; dan 19:10;22:8-9). Yesus juga disebut ―Imanuel? iaitu ‗Allah menyertai kita?(Yesaya.7:14;Matius.1:23). Ini adalah logik kerana tanpa kemunculan Yesus ke dunia kita tidak akan percaya kerana ramai yang mengatakan Tuhan tidak muncul nyata. Sukar untuk mempercayai bahawa Yesus adalah Tuhan tetapi sifatnya yang boleh mencipta (Yohanes 2:3-7, ), menyembuh orang pekak dan sejak kecil (Matius 9:28, Lukas 22:51 ) membangkitkan orang mati (Yohanes 11:4) mengampunkan dosa (Lukas 7:48, Markus 2:5), memberi kuasa mengusir roh jahat (Matius 10:1) dan pelbagai kepelikan sudah cukup menunjukkan bahawa dia adalah Tuhan. Tuhan dalam Alkitab tahu sebagaimana sekiranya Dia meninggalkan manusia bersendirian sudah semestinya manusia terseret ke neraka, kerana tiada seorang pun yang akan memenuhi kebenaran Tuhan yang terlampau kudus. Oleh kerana itu, dalam kasih, datang dalam manusia bernama Yesus. Selain itu, beliau menepati ciri-ciri dinubuat (cth, Kelahiran Perawan Yesaya 7:14, Mikha 5:2, Hosea 11:1, Yesaya 53:4, Yesaya 42:1-4, Yesaya 9:9, digenapi Matius 1:23, Matius 2:6, Matius 2:15, Matius 8:17, dan sebagainya), bernubuat(cth, Matius 26:34, Markus 14:18, Lukas 9:22, Lukas 22:34), menghentikan badai dan berjalan diatas air (Markus 4:39)dan pelbagai mukjizat seperti diatas. Jika anda masih ingin membacakan bukti-bukti keTuhanan Yesus silakan ke http://www.pemudakristen.com .

2. BUKTI DALAM AL-QURAN

Al-Maidah 68, yang berbunyi: Katakanlah, wahai orang yang beriman! Kamu tidak mempunyai apa-apa kecuali kamu berpegang kepada Taurat dan Injil, dan semua ini akan membuka mata kamu kepada Tuhan kamu.‖ Oleh itu, perkataan Kami yang tertera dalam banyak Surah contohnya: Al-Israa‘ 70. Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan[862], Kami beri mereka rezki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan. [862]. Maksudnya: Allah memudahkan bagi anak Adam pengangkutan-pengangkutan di daratan dan di lautan untuk memperoleh penghidupan. [Tafsir AlQuran Indonesia]. (Lihat juga Surah, Al-A‘raaf 155, 160, Al- Hadid 27, Al-Anbiyaa‘ 17, Al-Anaam 6, Al-Faathir 37). Selain itu, perkataan Kami adalah huruf jamak dan tidak dapat dipandang pengertian yang lebih berat terhadap satu kerana jika satu maka semestinya menyokong bahawa Tuhan dalam AlQuran adalah tiga dalam satu adanya. Hal ini hanya akan menyamakannya dengan pandangan Triniti dalam Kristen. Oleh itu, keberatan masih terhadap triniti.

Al Maidah (5): 73) dan Al-Hadiid 27 adalah seharusnya terbatal kerana untuk menerima kebenaran ayat tersebut adalah mengakui kebenaran percanggahan Alquran. Oleh itu, mustahil Tuhan yang sama akan membicarakan perkara yang begitu bercanggah walaupun sehingga kini banyak bukti suhuf dan arkeologi menemukan Alkitab yang masih seperti yang kita ada sekarang .

Sesungguhnya Isa itu memberikan pengetahuan tentang hari kiamat, karena itu janganlah kamu ragu..ikutilah Aku. Inilah jalan yang lurus(Al-Zukhruf 61)
Ayat ini hampir mempunyai maksud yang sama dengan Yohanes 14:6, 15:5, Wahyu 22:13. Untuk bacaan lebih lanjut mengenai pandangan sebenar Islam terhadap Triniti silakan ke http://www.the-goog-way.com

3. PENEMUAN ARKEOLOGI DAN PENYISIPAN AYAT

Apa yang menyedihkan ialah sarjana Islam seperti mengelak konteks fakta ini hanya dengan menganggap misteri dan tidak dapat difahami sambil menyatakan bahawa ayat tersebut adalah sisipan yang tidak terdapat dalam kodeks Sinai, Vatican dan Alexandra dan hanya beralasankan kesamaran ini sahaja sudah cukup. [1] Kita tahu bahawa kodeks tersebut adalah sahih dijumpai seperti yang ada dalam Injil seperti sekarang dan menjadi bukti terhadap pemeliharaan Injil yang asli dan kesinambungan dikalangan penulisnya. [2] Malahan, hari ini ada beberapa salinan naskhah-naskhah tulen dari berabad-abad sebelum kebangkitan Islam.

Menurut komentari Gill, ayat 1 Yohanes 5:7 kemungkinan adalah sisipan kerana tidak dapat dibuktikan malah teks ayat tersebut mungkin ditulis dalam bahasa Arab, Mesir, Armenia, Koptik atau Slavonik kerana tidak terdapat dalam tulisan Latin dan tidak dijumpai dalam manuskrip Ibrani. Walaubagaimanapun, hal ini tidak dapat diringankan malah ianya menjadi sebuah misteri yang tidak dapat dipandang enteng. Hal ini adalah kerana terdapat beberapa bukti yang secara eksplisitnya menjelaskan hal ini. Pelbagai alasan masih dapat menyokong bahawa Triniti memang wujud iaitu melalui perjumpaan teks asal kuno dan tidak dapat langsung menidakkan misteri ini dan hanya dapat diselesaikan melalui pemberatan yang ditentukan HANYA melalui gabungan konteks yang terdapat dalam Alkitab. Ayat daripada nabi lain juga menguatkan teori ini. Contohnya, dalam ayat Kejadian 1:26 Berfirmanlah Allah: "Baiklah Kita menjadikan manusia menurut gambar dan rupa Kita, supaya mereka berkuasa atas ikan-ikan di laut dan burung-burung di udara dan atas ternak dan atas seluruh bumi dan atas segala binatang melata yang merayap di bumi." Bagaimanakah gambarannya Tuhan itu jika menurut gambar dan rupa Tuhan? Dalam fikiran anda tentunya mempunyai badan yang terdiri daripada sepasang kaki, tangan dan mata seolah-olah masih membentuk sebuah peranan fungsi badan dan masih layak dipanggil monotisme. Job 35:10 yang merujuk ayat el-o-heem' iaitu jamak[Kita/Kami] menurut Strong Number juga menguatkan teori ini.

Nama Naskhah =Lokasi =Tarikh
-P52 John Rylands John Rylands Library, Manchester, England. 117-138 AD -P45, 46, 47 Chester Beatty Papyri University of Michigan, Ann Arbor, Michigan 250 AD -Codex Vaticanus (B) Vatican Library, Vatican City, Italy 325-250 AD -Codex Sinaiticus (Aleph) British Museum 340 AD -Codex Alexandrinus (A) National Library of the British Museum 450 AD -Dead Sea Scrolls/Manuskrip Laut Mati Dijumpai dekat Qumran 352 BC - 68 AD

Komentari Gill menyatakan hal ini adalah MUNGKIN masih terdapat dalam salinan ayat asal, walaupun bukan salinan yang digunakan mereka, melalui kecuaian atau penterjemah tidak beriman; atau mungkin salinan yang dipakai oleh mereka yang terlupa disertakan oleh mereka, mereka mempunyai suhuf yang cukup tanpanya untuk menjelaskan doktrin Triniti dan ketuhanan Kristus, ini kerana yang harus disanjung adalah mengapa bapa-bapa gereja dan ahli falsafah tidak tergugat dengan doktrin ini sebaliknya terus mengimaninya?. Oleh itu, teruskan kajian anda. Ayat ―bahasa‖ bukanlah seperti yang digunakan oleh Yohanes. Beliau dimana sahaja menggunakan perkataan ―Logos,‖ atau ―Firman‖ - ho Logos, Yoh_1:1, Yoh_1:14; 1 Yoh 1:1, tetapi tidak pernah berlaku dalam bentuknya, ― Bapa, dan Firman;‖ ini adalah tema, ―Bapa‖ dengan ―Firman‖. Tema ―Bapa‖ dengan ―Firman‖ tidak pernah digunakan oleh dia, mahupun penulis suci yang lain sebagai korelatif. Perkataan ―Anak‖ - ho Huios – merupakan tema korelatif bagi ―Bapa‖ dalam kebanyakan kes yang digunakan oleh Yohanes. Lihat 1 Yoh_1:3; 1 Yoh_2:22-24; 1 Yoh _4:14; 2 Yoh_1:3, 2 Yoh_1:9; dan Injil Yohanes, ―passim.‖ Sehubungan dengan itu, tema korelatif bagi tema ―Logos,‖ atau ―Firman,‖ bagi Yohanes bukanlah ―Bapa,‖ tetapi ―Tuhan.‖ Lihat Yoh_1:1. Bandingkan dengan Wah_19:13. Tanpa perenggan ini, argumentasi adalah CUKUP jelas dan sesuai. Terdapat tiga, kata Yohanes, yang member kesaksian bahawa Yesus ialah Mesias. Keadaan ini dapat dirujuk pada ayat 1Jo_5:6; bersangkutan dengan ini, dalam persetujuan, 1Jo_5:8, dirujuk bahawa kesaksian tersebut menjurus kepada satu titik, dan ianya berharmoni. Oleh itu, untuk mengatakan terdapat saksi lain dimana sahaja, untuk mengatakan mereka adalah satu, tidak menyumbang apa-apa dalam menjelaskan sifat kesaksian terhadap yang tiga ini – air, darah, dan Roh; dan secara dalamannya dalam petikan, dengan itu, melengkapi sebagai sedikit bukti terhadap kesahihannya sebagai bukti luaran. Lebih senang untuk membayangkan bagaimana petikan dijumpai dalam Perjanjian Baru. Tulisan pertamannya ialah MUNGKIN dalam ruangan bahasa kebanyakan manuskrip Latin, sebagaimana dijelaskan oleh penulis terhadap apa yang bernar belaku di Surga, sebagaimana di bumi, dengan tanpa maksud menipu yang kita ada apabila apabila kita membuat nota tambahan di buku. Kebanyakan salinan terjemahan disalinkan ke dalam badan teks, mungkin dengan kepercayaan murni bahawa ianya ialah asli, terlupa kerana ―kesilapan‖; dan kini menjadi ayat paling penting dalam argumen terhadap Triniti, pernah tersalah tempat tetapi dengan bukti kritikal ketara. Ianya ditunjukkan dalam manuskrip bahasa Ibrani pada abad ke-16, sementara ianya hilang dalam manuskrip terdahulu.

Terdapat beberapa alasan yang menyokong keperluan konsep Triniti ini yang dinyatakan oleh Sarjana Komentari Gill iaitu:
(1) Walau dalam taksiran bahawa ia tidak asli, sebagaimana dipercayai bengel, dengan banyaknya manuskrip ibrani akan dijumpai juga ayat ini, oleh itu tidak diharuskan meraguinya sebagai bukti-teks. Akan lebih senang untuk membuktikan doktrin triniti daripada teks yang lain, daripada membuktikan keaslian ayat ini.
(2) Ia tidak perlu sebagai bukti-teks. doktrin ini boleh didapati dengan banyaknya daripada bahagian lain dalam Perjanjian Baru, dengan petikan yang tidak dapat diragui mereka.
(3) Pembuangan ayat tersebut tidak membawa apa-apa untuk melemahkan bukti untuk adanya doktrin triniti. sebagaimana ianya tidak pernah digunakan untuk membentuk kepercayaan terdahulu masyarakat kristian akan hal ini, jadi penolakannya, pengalihannya/pembuangannya dari perjanjian baru, tidak akan membawa apa-apa daripada adanya doktrin ini. Dontrin ini dipegang, dipupuk, dan jayanya dipertahankan tanpanya, dan ianya boleh dan akan kekal.
(4) Ianya jauh lebih senang untuk penterjemah, dengan menyimpang/mengalihkan matanya, atau dengan menyembunyikan salinannya, ia telah dihilangkan atau direnyukkan pada atas atau bawah mukasurat, atau merusuhkan bahan-bahan itu sebagai bukti kuno yang perlu ditulis, untuk hilang atau tidak meletakkan petikan ini, daripada seorang penyisip mereka dan memasukkannya. Dia harus sangat berani dan biadap yang berharap untuk terlepas daripada dikesan dan malu; dan kafir juga, yang mencabar pekerjaan yang sukar hanya untuk membuat tambahan yang akan dikatakan buku suci. Dan,
(5) Ia selayaknya jarang berlaku seperti ini, apabila rasul menjelaskan iman Kristian untuk menyelesaikan dunia, dan dasar yang berpusatkan kepercayaan terhadap Yesus Kristus, dan saksi serupa yang harus menyertainya, terutamanya apabila kita mempertimbangkan apa yang dimaksudkan untuk diselidiki, sebagaimana yang dia lakukan (1 Yohanes_5:9), Jika kita menerima saksi bagi Tuhan dimana dia mempersaksikan Anaknya. Sekarang dalam tiga saksi di bumi, hanya satu kesimpulan dapat dibuat iaitu sama ada mereka adalah saksi Tuhan, atau seperti juga saksi yang jujur dan sebenarnya Tuhan. Penyokong anti-Triniti/Kristus bagi teks akan menafikan sama ada Roh, atau air, atau darah, ialah Tuhan sendiri; namun, dalam bacaan kita hari ini, disini terdapatnya pertimbangan nobel/mulia bagi saksi serupa dan kesaksian yang menyokong kebenaran bahawa Tuhan Yesus dan ketuhanan bagi institusinya. Disini ialah ringkasan terhadap motif / makna untuk beriman dalam Kristus, terhadap tauliah yang dibawakan oleh Penyelamat bersamanya, dan tentang bukti bagi Kristian, yang harus dijumpai, dalam buku Tuhan, dimana satu persetujuan, walau mengetepikan doktrin Triniti, teksnya adalah penuh penerimaan.

Jika manuskrip Ibrani menyatakan rujukan bagi Roh, Air, dan darah, dalam in unum sunt – mereka adalah satu, jika kemudiannya bukan seperti yang dikatakan oleh Cyprian, apa-apa jenis salinan mungkin ada pada zamannya, apabila dia mengatakan ianya tertulis, unum sunt – mereka adalah satu. Oleh itu, ayat Cyprian hanya menunjukkan kesaksian bagi ayat 7, dan oleh itu penipu teks sepatutnya jarang-jarang mengkritiknama-nama rasul terhadap saksi kedua di surga, iaitu Firman[sepatutnya ada kritikan]. Sebagaimana hanya rekod rasul bagi cerita air dan darah yang mengalir keluar daripada rusuk Penyelamat, dan memang hanya dia sahaja, atau dia terutamanya, yang terdaftar bagi kita tentang janji Penyelamat dan ramalan Roh kudus yang datang untuk mengurapinya, dan bersaksi terhadapnya, dan untuk memberitahu perkataan tentang keprcayaannya sendiri dan kebenarannya, sebagaimana yang tertulis dalam Alkitab, Joh_14:16, Joh_14:17, Joh_14:26; Joh_15:26; Joh_16:7-15. Ianya lebih sesuai sebagai diksi dan terhadap Alkitab bagi rasul ini untuk memberitahukan Roh Kudus sebagai kesaksian bagi Yesus Kristus. Seterusnya,
2. Dengan berdasarkan rasionalnya hal ini secara luaran, kita boleh teruskan. Rasul, telah mengatakan kepada kita bahawa Roh yang membawa saksi bagi Kristus ialah kebenaran, menunjukkan bahawa dia juga seperti itu, dengan meyakinkan kita bahawa dia adalah di surga, dan disana juga orang lain yang juga tidak tapi harus benar, atau kebenaran sendiri, Bapa, Firman, dan Roh Kudus, dan tiga ini adalah satu, 1 Yohanes_5:7.

(1) Disini ialah triniti bagi kesaksian surgawi, seperti yang sudah dijelaskan kedudukan di Yesus pejabatnya dan tuntutannya, dimana, [1] Pertama akan berlaku ialah Bapa; dia memeterai Yesus Kristus semua sementara kita masih disini; Pertamanya, dalam memperlihatkan perkara ini dalam baptisan, Mat_3:17. Keduanya, memperlihatkan pengubahan/transfigurasinya, Mat_17:5. Ketiga, dalam menyertainya dengan kuasa dan pekerjaan: Jikalau Aku tidak melakukan pekerjaan-pekerjaan Bapa-Ku, janganlah percaya kepada-Ku, ―Jikalau Aku tidak melakukan pekerjaan-pekerjaan Bapa-Ku, janganlah percaya kepada-Ku; tetapi jikalau Aku melakukannya dan kamu tidak mau percaya kepada-Ku, percayalah akan pekerjaan-pekerjaan itu, supaya kamu boleh mengetahui dan mengerti, bahwa Bapa di dalam Aku dan Aku di dalam Bapa‖ Joh_10:37, Joh_10:38. Keempat, dalam mengesahkan kematiannya, Mat_27:54. Kelima, dalam membangkitkannya daripada kematian, dan menerimannya untuk kemuliannya. Dia harus menjelaskan kepada dunia – kebenaran, kerana aku akan pergi kepada bapaku, dan engkau tidak akan menjumpai aku lagi. of Joh_16:10, dan Rom_1:4.

[2] Saksi kedua dalam Firman, sebuah nama misteri, menampilkan tingginya alam yang dimiliki oleh Penyelamat kita Yesus Kristus, dimana dia ada sebelum diciptakan dunia, dimana dia setulusnya Tuhan bersama Bapa. Dia harus menjadi saksi bagi alam manusia, atau bagi manusia Yesus Kristus, dalam dan melaluinya kita ditebus dan diselamatkan; dan melahirkan saksi, Pertama, melalui pekerjaan besar yang dilakukannya. Yoh_5:17, Bapa-Ku bekerja sampai sekarang, maka Akupun bekerja juga. Keduanya, merujuk kepada kemuliaan yang ada padanya dalam tranfigurasinya. Dan kita telah melihat kemuliaan-Nya, iaitu kemuliaan yang diberikan kepada-Nya sebagai Anak Tunggal Bapa, penuh kasih karunia dan kebenaran., Yoh_1:14. Ketiganya, dalam membangkitkannya dari kematian Yoh_2:19, "Rombak Bait Allah ini, dan dalam tiga hari Aku akan mendirikannya kembali.

[3] Saksi ketiga ialah Roh, atau Roh Kudus dan mulianya, iaitu pemilik, empunya, dan pencipta sebuah kesucian. Benar dan kasihnya adalah kemestian bagi sesiapa yang Roh kesucian mengadakan meterai dan kesaksian. Dan dia melakukan bagi Tuhan Yesus, kepala bagi dunia Kristian; dan dalam contoh seperti ini: - Pertamanya, dalam mukjizat kelahirannya daripada seorang manusia sempurna dalam kandungan dara suci. Roh Kudus akan turun keatasmu, Luk_1:35, dan sebagainya. Keduanya, dalam penurunan yang terjadi keatasnya semasa dibaptiskan. Roh Kudus hinggap ke badannya sendiri, Luk_3:22, dan sebagainya. Ketiga, memberi kesan penawanan bagi roh dari neraka dan kegelapan. Jika Aku mengusir setan dengan kuasa Roh Allah, maka sesungguhnya Kerajaan Allah sudah datang kepadamu, Mat_12:28. Keempat, bukti manjur yang turun atas rasulnya, sebagai karunia dan kuasa untuk memberitakan dia dan Injil kepada dunia selepas keberangkatannya ke surga, Kisah_1:4, Kisah_1:5; Kisah_2:2-4, dan sebagainya. Kelima, dalam menyokong nama, injil, dan tarikan Kristus, melalui mukjizat karunia dan operasi melaluinya terhadap penginjil, dan di gereja, dalam dua ratus tahun (1 Korintus_12:7), untuk ini silakan baca tulisan Dr. Whitby yang dengan jayanya kuliah dalam prakata siri kedua komentarinya, Commentary on the New Testament. Ini adalah kesaksian di Surga; dan mengandungi rekod daripada Surga; dan mereka dalah satu, harus seperti itu, semestinya, bukan hanya dalam kesaksian, (kerana ianya termaktub dalam tiga saksi bagi satu perkara yang sama), namun dalam julat tertinggi, sebagaimana mereka di surga; mereka adalah satu dalam surgawi dan esanya; dan, jika satu dengan Bapa, ia semestinya satu Tuhan.

Bagi ini ianya menimbulkan persoalan bertentangan, walaupun mereka bersama, sebagai saksi triniti di bumi, roh, air, dan darah; dan ketiganya adalah satu, 1 Yoh_5:8. Hal ini akan dijelaskan seperti berikut:
[1.] Bagi kesaksian ini, yang pertama ialah Roh. Hal ini perlu diterjemahkan dari badan Roh Kudus, yang berada di surga. Kita harus mengatakan, terhadap Penyelamat (berdasarkan apa yang dilaporkan oleh rasul), iaitu yang lahir melalui Roh adalah roh, Yoh_3:6. Pengikut bagi Penyelamat ialah, seperti mereka yang lain, dilahirkan dengan sifat kedagingan. Mereka datang ke bumi dengan memiliki sifat badan yang korup, iaitu musuh bagi Tuhan. Sifat-sifat semulajadi harus diubah dan dimusnahkan. Sebuah alam baru akan diazamkan. Hawa nafsu lama dan korupsi harus dimusnahkan, dan pengikut sebenar menjadi ciptaan baru. Pengenerasian atau pembangunan semula sebuah jiwa adalah kesaksian terhadap Penyelamat. Ianya perlu untuk membolehkan keselamatan. Ia adalah kesaksian di bumi, kerana ia meneruskan gereja di sini, dan belum ditunjukkan datangnya penghairanan dimana tanda dari surga adalah tercapai. Roh ini tidak hanya bagi pembangunan semula dan perubahan bagi gereja, namun ianya merupakan peningkatan kemurnian, kemenangan terhadap dunia, keamanannya, kasih, kegembiraan, dan semua belas-kasihan yang dilakukan olehnya memenuhi sifat-sifat orang kudus dalam cahaya.

[2.] Kedua ialah air. Ini sebelumnya dikatakan sebagai maksud keselamatan, sekarang sebagai kesaksian terhadap Penyelamat sendiri, dan membayangkan/melambangkan kebersihan dan pembaharuan kuasa. Dan kemudiannya ia seperti mengandungi, Pertama, kemurnian alamnya dan dilaksanakan di bumi. Dia adalah suci, tidak cacat, dan tidak dicemari. Keduanya, ialah kesaksian yang ditunjukkan oleh Yohanes pembaptis, yang mengandungi kesaksian terhadap dia, dan menunjukkan dia kepada mereka Mar_1:4, Mar_1:7, Mar_1:8. Ketiganya, kesucian doktrinnya sendiri, melaluinya jiwa di bersihkan. Kamu memang sudah bersih karena firman yang telah Kukatakan kepadamu, Yoh_15:3. Keempat, ketepatan dan kesucian penginjilnya. Badannya ialah gereja Katholik yang sejati. Karena kamu telah menyucikan dirimu oleh ketaatan kepada kebenaran, sehingga kamu dapat mengamalkan kasih persaudaraan yang tulus ikhlas, hendaklah kamu bersungguh-sungguh saling mengasihi dengan segenap hatimu. 1Pe_1:22. Dan ini direka dan dimeteraikan oleh, Kelima, ialah baptisan yang dijalankan bagi pengikutnya, dimana sebagai tanda (atau melalui cara ini) mengatakan, Juga kamu sekarang diselamatkan oleh kiasannya, yaitu baptisan--maksudnya bukan untuk membersihkan kenajisan jasmani, melainkan untuk memohonkan hati nurani yang baik kepada Allah--oleh kebangkitan Yesus Kristus, 1Pe_3:21.

[3.] Saksi yang ketiga ialah darah; yang menjadi tebusan bagi kita. Hal ini menyaksikan Yesus Kristus, Pertama, Dalamnya yang memeteraikan dan menghabiskan korban bagi Perjanjian Lama, Buanglah ragi yang lama itu, supaya kamu menjadi adonan yang baru, sebab kamu memang tidak beragi. Sebab anak domba Paskah kita juga telah disembelih, yaitu Kristus, 1 Kor 5:7. Keduanya, dalam hal itu memastikan ramalannya sendiri, dan kenyataan tentang pelayanannya dan doktrin, Yoh_18:37. Ketiga, dalam hal ini menunjukkan bukannya perumpamaan tentang kasih bagi Tuhan, bahawa dia harus berkorban terhadap kesucian dan penghormatannya, dalam membuat penebusan dosa bagi manusia Yoh_14:30, Yoh_14:31. Keempat, hal ini menunjukkan kasih tidak terucapkan bagi kita; dan tiada yang akan menipu seseorang yang mereka kasih, Yoh_14:13-15. Kelima, hal ini menjadi petunjuk bagi keinginan bahawa Yesus mempunyai keinginan sekular dan berkelebihan. Tiada penyamar dan penipu yang pernah menyerahkannya sebelum masanya "Kerajaan-Ku bukan dari dunia ini; jika Kerajaan-Ku dari dunia ini, pasti hamba-hamba-Ku telah melawan, supaya Aku jangan diserahkan kepada orang Yahudi, akan tetapi Kerajaan-Ku bukan dari sini.", Yoh_18:36. Keenam, hal ini memerlukan pengorbanan di kalangan pengikutnya untuk dianiaya dan mati untuk dia. Tiada yang akan menjemput proselytes di hadapnya dan bermaksud untuk mengukur apa yang dilakukan oleh Yesus. Kamu akan dikucilkan, bahkan akan datang saatnya bahwa setiap orang yang membunuh kamu akan menyangka bahwa ia berbuat bakti bagi Allah. Yohanes_16:2. Dia kerapnya mengatakan kepada pengikutnya menyatakan penderitaannya : Karena itu marilah kita pergi kepada-Nya di luar perkemahan dan menanggung kehinaan-Nya, Ibrani_13:13.

Hal ini menunjukkan bahawa sama ada dia atau kerajaannya adalah bagi dunia ini. Ketujuh, keuntungan tumbuh dan mengakibatkan dengan darahnya(lebih difahami) harus menunjukkan bahawa dia sememangnya adalah Penyelamat bagi dunia. Kemudianya, kelapan, ini menandakan menandakan jamuannya sendiri: Inilah darahku bagi Perjanjian Baru (yang mengesahkan Perjanjian Baru), yang dirembeskan bagi kebanyakan, sebagai pelepasan daripada dosa, Mat_26:28. Semuanya ialah kesaksian di bumi. Tidak hairanlah jika penolakan terhadap semua bukti ini di hakim sebagai penghujat terhadap Roh Kudus Tuhan, dan akan ditinggalkan untuk binasa tanpa pengubatan dari dosanya. Tiga saksi ini (seperti agak berbeza daripada yang tiga dahulu) tidak dinyatakan dengan jelas sebagai menjadi sebagai satu untuk menjadi untuk satu , untuk menjadi lebih satu dan merujuk kepada maksud dan punca sama , atau untuk setuju dalam satu, dalam satu dan perkara yang sama diantara mereka, dan dalam kesaksian yang sama terhadap mereka yang membawa catatan dari surga.

Para Rasul dengan jujurnya menyimpulkan, jika kita menerima saksi manusia, saksi Tuhan lebih besar; sebab ianya saksi Tuhan, bahawa dia telah berikan kepada Anaknya, 1Jo_5:9. Hal ini disokong, 1. Taksiran dijumpai di tempat itu. Disinilah janji saksi Tuhan, saksi dimana Tuhan mempersaksikan Anaknya, yang pastinya rapat bagi mengetengahkan saksi yang tidak luput, dan bahawa Bapa mengambil berat Anaknya; dia dengan dirinya sendiri mengistiharkan dan mengesahkan dia dengan firman. 2. Kuasa bagi penerimaan tentang kesaksiannya; dan bahawa persetujuan daripada yang kurang kepada yang besar: Jika kita menerima saksi manusia (dan saksi itu semestinya diterima di semua perundangan bagi semua negara), saksi Tuhan ialah besar. Ia adalah kenyataannya sendiri, tentang pemilik tertinggi kesalahan yang tidak dipersoalkan. Kemudiannya ialah, 3. Aplikasi tentang peranan masa kini: Sebab ini adalah janji, dan disanalah saksi TUHAN sepertinya juga Bapa, sebagaimana juga Firman dan Roh, Yang disaksikannya terhadap kita, dan disanalah juga membuktikan, Anaknya. Tuhan, yang tidak dapat menipu, telah memberi kepastian secukupnya terhadap dunia bahawa Yesus Kristus ialah Anaknya, Anak yang disayangi, Anak yang sepejabat, untuk menjadikan sesuai dan perkataan terhadap dirinya sendiri; dia menyesuaikan kenyataan dan asal ketuhanan bagi agama Kristian, dan merupakan jalan pasti dan bermaksud membawa kita kepada Tuhan.

Setelah mengkaji bukti ini dengan jujur , dapatlah kita simpulkan bahawa Al-Kitab yang wujud hari ini tidak diubah dan hanya kesilapan penulisan kerana pemberatannya lebih kepada persamaan ayat yang dijumpai dalam Alkitab hari ini dan satu kesilapan ayat tidak dapat menunjukkan kesaksian Rasul adalah salah melainkan salah SEORANG daripada mereka yang berkata dengan jelas mengakui bahawa Triniti tidak ada.

KESIMPULAN
Encarta ® Encyclopedia mengatakan bahawa doktrin Triniti harus difahamkan dalam tahap-tahap berbeza. Pada satu tahap, memperhubungkan kata-kata firman Tuhan dalam perhubungan Kristian. Tuhan bukanlah ayat unik bagi Kristian, dan memerlukan definisi spesifik dalam teologi Kristian. Ini memerlukan definisi spesifik Kristian seperti terdapat dalam Perjanjian Baru, dimana Paulus mengatakan, ―terdapat banyak ‗tuhan‘ dan banyak ‗raja‘—namun bagi kita hanya adan satu Tuhan, iaitu Bapa..., dan satu Raja /Lord, Yesus Kristus‖ (1 Korintus 8:5-6). Ayat ini mempunyai proses permulaan penjelasan dan definisi, dimana penghujung produk adalah doktrin Triniti. Pada tahap yang lain, doktrin harus dilihat sebagai terjemahan pengalaman Kristian: Tuhan bagi tradisi Ibrani dan menjadi terkenal dalam cara baru, pertamanya dalam tubuh Kristus, seterusnya dalam Roh yang bergerak di dalam Gereja. Ketiga, pada tahap spekulatif pemahaman, doktrin Triniti merupakan kedinamikan konsep Kristian bagi Tuhan —melibatkan pendapat tentang puncanya, yang datang bersama, dan kembalinya (primordial, expresif, dan sebuah Kesatuan). Dalam kedudukan ini, doktrin Kristian adalah PERUMPAMAAN sama ada dalam falsafah (abad ke-19 ahli falsafah German bernama Georg Wilhelm Friedrich Hegel Sahnya) dan dalam agama lain (contohnya Trimurti bagi pengikut Hindu). Sudah menjadi adat bagi para Penyelidik membuat kesimpulan, iaitu adalah MUNGKIN untuk mengatakan tidak, tetapi pemberatnya adalah SUKAR mengatakan tidak, lebih baik untuk mempercayai dan mengimaninya daripada menafikannya.

RUJUKAN:
1] Yusuf Roni K.A.M. 1978. Pembelaku Yang Agung. Yusuf Roni Crusades: Jakarta
2] Ramli Nawai et al, 2002. Senjata Menghadapi Pemurtadan berkedok Islam. Jakarta: Pustaka Al-Kautsar
3] Tertullian, Against Praxeas, II.
4] Tertullian, Against Praxeas, VIII. 5] Microsoft ® Encarta ® Encyclopedia 2005 © 1993-2004 Microsoft Corporation. All rights reserved.
6] Komentari Mathew Henry dan Komentari Gill bagi Alkitab

0 Komen: